Tengku Zafrul umum Bajet 2022 RM332.1 bilion

Tengku Zafrul umum Bajet 2022 RM332.1 bilion

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan peruntukan sebanyak RM332.1 bilion bagi Bajet 2022.

Belanjawan itu, yang dibentangkan ketika negara baru sahaja keluar daripada kawalan wabak yang sangat ketat dan dijajarkan dengan Rancangan Malaysia ke-12, adalah kira-kira RM9.6 bilion mengatasi RM322.5 bilion yang diperuntukkan bagi belanjawan tahun lepas.



Kira-kira RM233.5 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, dan RM23 bilion untuk Tabung Covid-19.

Pecahan perbelanjaan Bajet 2022:

Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan Pembangunan
Kumpulan Wang Covid-19

Berikut butiran utama daripada Bajet 2022:



RM500 untuk ibu bapa tunggal yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan.
RM300 untuk isi rumah warga emas.
Bantuan Jabatan Kebajikan diselaraskan mengikut garis kemiskinan baharu yang ditetapkan pada RM1,169.
RM25 juta untuk Yayasan Keluarga Malaysia bagi membantu anak yatim yang ibu bapa meninggal dunia kerana Covid-19.

PERKEMBANGAN TERBAHARU MENYUSUL

Tengku Zafrul umum Bajet 2022 RM332.1 bilion


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Mee rebus gerai Kak Dah RM2

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker