Polis kesan lelaki curi dompet dalam kedai coklat di Langkawi

TANGKAP layar CCTV menunjukkan seorang lelaki mengambil dompet milik seorang wanita di sebuah premis menjual coklat di Langkawi semalam.

 

LANGKAWI: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang didapati mengambil dompet milik seorang wanita di sebuah premis menjual coklat di pulau peranginan ini semalam.

Perbuatan pelanggan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan pemilik dompet terbabit pada lewat petang semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, wanita terbabit meletakkan dompetnya di atas rak tersebut semasa memilih coklat untuk dibeli.

“Apabila menyedari kehilangan dompetnya, mangsa cuba mencari dompet tersebut di sekitar kawasan tersebut namun tidak berjaya menemuinya.

“Dia kemudian berjumpa dengan pengurus kedai tersebut untuk melihat CCTV dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mengambil dompet yang tertinggal di rak coklat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa kehilangan wang sebanyak RM300, kad pengenalan dan tiga kad bank.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Balai Polis Kuah di sini di talian 04-9666222.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Pemandu ‘pengsan mengejut’ punca rempuh kereta, gerai jualan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker