Padah terlepas cakap, pak belang menunggu di tepi jalan

Padah terlepas cakap, pak belang menunggu di tepi jalan

MERSING: “Tak sangka pula, baru sahaja kami terlepas cakap, tiada ke harimau nak keluar, tak lama kemudian, kami betul-betul terserempak dengan Pak Belang,” kata Mohd Shahrum Salleh, 36.

Mohd Shahrum berkata, sebelum kejadian itu kira-kira 8 pagi tadi, dia dan isterinya, Nurhidayahlaily Su’alman, 32, melalui Jalan Jemaluang menuju ke Tenggaroh bagi melakukan perkhidmatan sanitasi.

“Waktu itu hujan gerimis, memang kami tergamam dan saya terus memberhentikan kereta, apabila saya cuba jalan (pandu kereta), harimau itu bangun.

“Kemudian harimau itu melintas, memang berderau darah melihat fizikalnya yang besar dan badannya yang melayut menjejak jalan.

“Dalam masa kira-kira dua minit itu, kami memang cemas, isteri yang sempat merakam gambar pun terketar-ketar, dan selepas hilang dari pandangan, saya segera bergerak meninggalkan kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, dia kerap menggunakan laluan itu untuk bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 lalu dan itu adalah kali pertama mereka mengalami pengalaman itu seumur hidup.

“Biasanya memang kami suka memberi monyet liar makan roti atau pisang di tepi Jalan Jemaluang itu, kalau nak kata gajah itu biasa kami nampak.

“Patutlah sejak empat hari lalu monyet-monyet di kawasan tepi jalan tidak kelihatan, rupa-rupanya ada Pak Belang di situ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Aminudin Jamin, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu.

Pada 20 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan mengenai rakaman video harimau belang (panthera tigris) yang didakwa ditemui beberapa individu ketika menaiki pacuan empat roda di Hutan Simpan Lenggor, Kluang, Johor. BH

Padah terlepas cakap, pak belang menunggu di tepi jalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker