MP: Saya labur di luar pesisir ketika pasaran di Malaysia tak selamat

MP: Saya labur di luar pesisir ketika pasaran di Malaysia tak selamat

Ahli Parlimen Selayang dari PKR, William Leong menafikan dia cuba lari daripada cukai apabila menyimpan dana di luar pesisir, seperti yang disebut dalam Kertas Pandora.

Leong sebaliknya berkata, dia memilih untuk melabur di luar negara sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding pasaran dalam negara pada era 1990-an.



“Pada 1994, saya perlu tanya diri sendiri, di mana saya akan simpan wang saya selepas bayar cukai di Malaysia dan Filipina?

“Anak lelaki saya empat tahun baru masuk tadika, langkah pertama dalam perjalanan panjang ke universiti. Saya tahu anak saya tak bodoh, tapi dia tak akan dapat masuk universiti awam di Malaysia,” katanya kita forum dalam talian berkenaan Kertas Pandora yang dianjurkan NGO Pusat Melawan Rasuah dan Kronisme (C4) semalam.

Leong merupakan ketua pegawai operasi (COO) di Philippines National Steel Corporation pada 1994 hingga 1997.

Pada masa lalu, universiti awam di Malaysia mengamalkan kuota berdasarkan kaum dalam pengambilannya. Ia kemudian dimansuhkan setelah kerajaan kian bimbang dengan masalah ‘brain drain’ di kalangan warga bukan bumiputera.



Leong berkata lagi, dia perlu pastikan ada wang yang cukup untuk anaknya melanjutkan pelajaran di universiti swasta.

“Adakah saya akan laburkan duit saya di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 1994? Papan utama bursa lebih spekulatif daripada kasino,” katanya lagi.

Dia mendakwa kebanyakan kaunter di pasaran tempatan pada masa itu sangat tidak stabil dan tanpa pengawalan yang wajar daripada pihak berkuasa, justeru memerlukan pilihan yang lebih selamat.

Katanya lagi, pilihan pelaburan lain di Malaysia juga tidak selamat, dengan gelembung hartanah pada masa itu.



Pihak berkuasa di Malaysia gagal menjaga piawaian dan regulasi, dakwanya lagi.

“Bolehkah saya buat pelaburan dan harap kerajaan akan bail out saya bila bank-bank ini jatuh? Itulah sebabnya saya letak wang saya di luar pesisir,” katanya lagi.

Katanya lagi, masalah dengan pengelakan cukai bukan undang-undang, kerana ia sudah pun ada.

Dia juga menyuarakan keraguan terhadap cadangan cukai korporat minimum global yang menurutnya disokong oleh negara bercukai tinggi pada masa ini untuk melindungi kepentingan mereka.



Katanya, ia akan memberi kesan buruk kepada negara yang tidak kaya dengan sumber asli dan menawarkan cukai yang rendah untuk menarik pelabur asing. Mk

MP: Saya labur di luar pesisir ketika pasaran di Malaysia tak selamat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker