Beli telefon bimbit tetapi dapat batu

Beli telefon bimbit tetapi dapat batu

Seorang wanita di Indonesia mendakwa ditipu penjual online apabila dia menerima bungkusan telefon bimbit yang diisi dengan ketulan batu selepas membelinya pada harga 2.5 juta rupiah (RM730), lapor saluran berita Liputan6 semalam.

Menerusi satu hantaran di Twitter, pengguna dengan akaun bernama @aftertandakoma itu berkongsikan klip video dia membuka bungkusan telefon bimbit yang dibeli menggunakan platform beli-belah online.



Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati terdapat ketulan batu dalam kotak telefon bimbit tersebut, mengakibatkan dia mengalami kerugian berjumlah 2.5 juta rupiah (RM730).

“Helo @ShopeeID @sicepat_ekspres. Saya kena tipu. Kerugian 2.5 juta rupiah,” ciapnya dalam hantaran tersebut.

Wanita itu kemudiannya menghubungi Shopee Indonesia bagi memberitahu mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, penjual dalam platform tersebut mendakwa bahawa mereka telah mengirim produk seperti yang diminta wanita berkenaan dan tidak menipunya.



Menurut peniaga itu, insiden tersebut berkemungkinan dilakukan oleh pihak kurier yang mungkin telah membuka bungkusan tersebut.

“Kami tidak tahu. Mungkin yang bersalah dalam hal ini adalah pihak kurier. Kalau kami menipu, tidak mungkin kami boleh menjual banyak unit telefon bimbit dan kesemua produk yang kami jual adalah produk asli,” jawab penjual tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai pengguna lain memberi pendapat mengenai isu tersebut.

“Jika membeli di kedai online, jangan tertipu dengan bilangan pengikut yang ramai atau jumlah produk yang telah terjual kerana ia belum tentu asli,” kata seorang netizen.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker