Datuk Lee Chong Wei Dilantik Duta Pelancongan Sabah
Datuk Lee Chong Wei Dilantik Duta Pelancongan Sabah
KOTA KINABALU: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hari ini telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin berkata, pemilihan itu dibuat berdasarkan reputasi beliau sebagai ikon yang dikenali ramai di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, pelantikan itu yang berkuat kuasa bulan ini sehingga Disember 2022 diyakini dapat membantu memulihkan industri pelancongan tempatan daripada kesan pandemik COVID-19 dan mengembangkan lagi potensinya.
“Ini kerana Datuk Lee Chong Wei ini mempunyai pengikut dari seluruh dunia, semua orang kenal,” katanya ketika ditemui media dalam majlis pelantikan Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Sabah di sini, pada Rabu.
Jafry berkata, Chong Wei serta keluarganya akan dibawa untuk menikmati sendiri keunikan dan keindahan yang ditawarkan Negeri di Bawah Bayu ini supaya dapat berkongsi pengalaman dengan para pengikutnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga mencadangkan pembinaan Akademi Badminton Datuk Lee Chong Wei di negeri ini untuk membantu industri sukan dan pelancongan tempatan.
“Semalam, saya bersama dengan rombongan kementerian telah membawa beliau berjumpa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan ada juga perbincangan untuk mengadakan pertubuhan Akademi Datuk Lee Chong Wei di Sabah.
“Saya rasa ini bermanfaat untuk rakyat kita dalam bidang sukan badminton. Jadi kalau ini menjadi realiti, rasanya ia sekali gus akan membantu industri pelancongan di negeri ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Chong Wei berkata, beliau menghargai pelantikan itu dan berharap dapat membantu Sabah untuk menarik perhatian pelancong-pelancong luar untuk datang ke negeri ini.
“Saya tahu Sabah sangat popular kerana saya selalu mengikut pertandingan di China dan Taiwan dan ramai orang berkata mengenai Sabah.
“Negeri ini sangat cantik dan mudah-mudahan saya akan dapat membawa keluarga bercuti di sini seterusnya membantu mempromosikan pelancongan yang ada di Sabah,” kata Chong Wei.
Terdahulu, beliau telah dikurniakan Pingat Jaksa Pendamai (JP) sempena ulang tahun ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Selasa.-SH
Datuk Lee Chong Wei Dilantik Duta Pelancongan Sabah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Dedahkan mereka, Najib mahu SPRM dapatkan senarai terima sogokan
- Mereka panggil saya ‘Padayappa’ di Baling – Azeez
- Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion
- Semarakkan Perjuangan, Waspada Pihak Nak ‘Bunuh’ UMNO
- Bertengkar semasa goreng kentang, suami celup muka isteri dalam minyak panas
- “Ketika Sungai Furat Kering Akan Ternampak Perbendaharaan Emas, Janganlah Ambil…”–Tanda-Tanda Kiamat Sudah Hampir
- Ustaz lawan hantu air tular
- Lawak lucah, Shuk Sahar suruh tunggu samannya
- Five Guys Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35
- Baling kongsi pengalaman cakap Tamil dengan gajah, Jelutong ‘melompat naik hantu’ [VIDEO]
- Najib saman Tommy Thomas, kerajaan atas ‘pendakwaan salah’
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?
You must be logged in to post a comment.