Remaja dicekup, disyaki rogol hingga hamil pelajar Tingkatan 2

Remaja dicekup, disyaki rogol hingga hamil pelajar Tingkatan 2

Seorang remaja lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol pelajar Tingkatan dua sehingga hamil.

Ketua Polis Daerah Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 16 tahun itu ditangkap di Balai Polis Kota Sentosa, Kuching, selepas diminta menyerah diri sekitar 1.50 tengah hari tadi.



Menurutnya, kejadian berkenaan terbongkar selepas mangsa membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Kawa, Kuching, dan disahkan mengandung bulan lalu.

“Pada September 2021, mangsa membuat pemeriksaan di klinik Batu Kawa dan disahkan mengandung menyebabkan pihak klinik menasihati mangsa membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa pada Januari tahun ini,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Beliau berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



Sementara itu, mangsa difahamkan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan. FMT

Remaja dicekup, disyaki rogol hingga hamil pelajar Tingkatan 2


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker