Tanah runtuh Bukit Persekutuan: Lebih banyak kawasan terancam

Tanah runtuh Bukit Persekutuan: Lebih banyak kawasan terancam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mesti mengambil tindakan segera untuk membaiki kawasan di Bukit Persekutuan yang mengalami tanah runtuh baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Katanya, beliau telah meminta jurutera geoteknik melawat kawasan di Lingkungan Negeri Sembilan itu, dan penilaian awal menunjukkan jika kerja pembaikan tidak dilakukan secepat mungkin, kawasan lebih luas mungkin akan terjejas teruk.



“Ini keadaan yang membimbangkan dan mendesak. Saya tidak rasa penduduk boleh menunggu dua hingga tiga minggu untuk laporan IKRAM (Institut Kerja Raya Malaysia).

“DBKL mesti bertindak pantas dalam perkara ini, dan perlu menyatakan manakah rumah lain yang terjejas atau mungkin terjejas, supaya penghuninya boleh berpindah untuk sementara waktu,” katanya kepada FMT.

Pada Ahad, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dilaporkan berkata kerja pembaikan akan dilakukan selepas IKRAM menyerahkan laporan penuhnya.

Beberapa rumah di kawasan kejiranan mewah itu terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku susulan hujan lebat pada Sabtu.



Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian melibatkan bahu jalan utama sepanjang kira-kira 40m.

Gabungan persatuan penduduk Bangsar, Selamatkan Kuala Lumpur berkata, penghuni 32 kediaman di Jalan Limau Purut telah diminta berpindah kerana dibimbangi berlaku tanah runtuh. Bagaimanapun, hanya penghuni dua rumah telah berbuat demikian.

“Saya sedang mendesak DBKL, IKRAM dan kontraktor yang dilantik untuk membersihkan kawasan itu dengan pantas disebabkan musim hujan,” kata Pengerusinya M Ali.

Sementara itu penduduk, Sharifah Nor Syed Mohamad yang tinggal di Jalan Limau Purut memberitahu FMT beliau terpaksa menghantar tiga anaknya ke rumah abangnya di Shah Alam buat sementara waktu.



Katanya, beliau sendiri terpaksa duduk di rumah itu kerana air memasuki kediamannya setiap kali hujan akibat parit yang tersekat susulan tanah runtuh. FMT

Tanah runtuh Bukit Persekutuan: Lebih banyak kawasan terancam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker