Saya hanya mahu penjelasan lebih daripada Pendelela – Peja

Saya hanya mahu penjelasan lebih daripada Pendelela untuk tindakan wajar, kata Peja

Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, menegaskan beliau mahu mendapatkan penjelasan menyeluruh mengenai isu gangguan seks dan tidak sekali-kali meremehkan pendedahan yang dibuat ratu terjun negara, Pandelela Rinong, mengenai perkara itu.

Beliau berkata laporan yang memetiknya sebagai bertanya kenapa Pandelela membuat pendedahan lawak berbaur lucah itu selepas sekian lama adalah dalam konteks untuk memperolehi gambaran penuh sebelum mengambil tindakan wajar.



“Apa telah saya sendiri perkatakan dalam satu sidang media semalam, mungkin telah dicatatkan secara ‘out of context’ oleh media. (Yang dimaksudkan ialah) bahawa kita perlu mendapatkan penjelasan yang lebih daripada Pandelela sendiri dan mereka yang terlibat dalam perkara melibatkan jenaka lucah dan sebagainya,” kata beliau di Dewan Rakyat.

“Saya cuba untuk dapatkan penjelasan menyeluruh sebelum mengambil tindakan-tindakan sewajarnya,” katanya.

Faizal berkata pendirian kerajaan berhubung isu itu tidak perlu dipersoalkan mana-mana pihak.

“Tentu sekali kerajaan amat serius memerangi masalah gangguan jenaka lucah ini, tambah lagi jika lebih lagi berlaku kepada atlet daripada pegawai dan atlet itu sendiri,” katanya.



Beliau menjawab Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang menegur Ahmad Faizal kerana didakwa mempersoalkan Pandelela atas pendedahan berkenaan.

Gobind berkata, tidak ada sebarang had masa ditetapkan untuk seseorang membuat aduan berkaitan lawak berbaur lucah atau masalah jenayah kerana tindakan tetap perlu diambil terhadap pesalah.

“Saya nak tanya menteri ini, adakah menteri ini tahu atau tidak ada had masa untuk aduan-aduan berkaitan masalah jenayah. Kalau ada aduan, walaupun sudah lama (berlaku), ia seharusnya diambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat.

Faizal berkata beliau memahami bahawa tidak ada jangka masa untuk membuat aduan seperti itu, termasuk kes terbabit.



“Saya amat setuju dengan apa disebutkan. Saya faham tidak ada jangka masa.

“Tindakan sedang diambil. Jadi saya cuba lakukan mahu mendengar semua pihak sebelum beri penjelasan,” katanya.

Sebelum ini, Pandelela mendedahkan pengalamannya yang berdepan dengan seorang jurulatih apabila menjadikan perkara lucah sebagai bahan lawak.

Semalam Faizal berkata beliau ingin tahu kenapa pendedahan itu dibuat selepas tempoh begitu lama untuk membolehkan pihaknya memahami keseluruhan senario itu.



Isu lawak seks sebelum ini hangat diperkatakan susulan video tular yang memaparkan seorang pelakon tempatan, Fauzi Nawawi menceritakan semula babak rogol lakonannya bersama pelakon Raja Farah dalam sebuah rancangan televisyen. FMT

Saya hanya mahu penjelasan lebih daripada Pendelela – Peja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker