Kanak-kanak perempuan maut jatuh dari tingkat tujuh

Kanak-kanak perempuan maut jatuh dari tingkat tujuh

Putrajaya: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kuarters penjawat awam di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 5 itu, mangsa dikenali sebagai Keisha Nawrah Md. ditemukan orang awam di bawah bangunan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.



Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa sempat diberikan rawatan kecemasan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut namun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersama kakak berumur 14 tahun dan adik lelaki berumur tujuh tahun di rumah.



“Ketika kejadian juga ibu bapa mangsa yang juga penjawat awam keluar bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati, mangsa berada di dalam bilik tidur seorang diri dan sedang belajar manakala, bilik berkunci dari dalam dengan keadaan jeriji tingkap tidak berkunci.

A. Asmadi berkata, sebaik ibu bapa mangsa pulang ke rumah, mangsa didapati tiada di dalam bilik dan mendapati keadaan tingkap terbuka sebelum menyedari orang ramai berkumpul di bawah bangunan.

“Ibu bapa mangsa kemudian bergegas ke bawah bangunan dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kritikal.



“Kami tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian manakala, pemeriksaan doktor mendapati, mangsa patah dua belah siku dan kaki kiri dan kecederaan lain akan diketahui selepas bedah siasat,” katanya. Utusan

Kanak-kanak perempuan maut jatuh dari tingkat tujuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker