Pengurusan kes Sulaiman Taib saman Raghad didengar 15 Ogos

Pengurusan kes Sulaiman Taib saman Raghad didengar 15 Ogos

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan 15 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi satu permohonan injunksi difailkan bekas timbalan menteri pelancongan, Sulaiman Abdul Rahman Taib terhadap ibu tirinya, Raghad Kurdi Taib.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan berkenaan, yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.



Prosiding hari ini turut mendengar janji kedua-dua pihak plaintif dan defendan untuk tidak berurusan atau menjual saham sebagaimana yang dinyatakan dalam tuntutan itu, sehingga tamat kes permohonan.

Sulaiman yang juga pengarah urusan kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad diwakili oleh peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay, manakala Raghad diwakili Alvin Yong dan enam peguam lagi dalam kes berkenaan. RHB Bank Berhad pula diwakili Tan Kee Heng dan Lesley Ling Lyn.

Media sebelum ini melaporkan Sulaiman memohon injunksi berhubung pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

Sulaiman yang merupakan anak lelaki kedua Yang di-Pertua Sarawak Abdul Taib Mahmud menerusi perkahwinan pertama beliau dengan Laila Taib, yang meninggal dunia pada 29 April 2009.



Taib berkahwin dengan Raghad pada 18 Dis 2010. FMT

Pengurusan kes Sulaiman Taib saman Raghad didengar 15 Ogos

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat

Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan



Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen

Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker