Saintis kaji terapi najis cegah penuaan

Selepas memasukkan najis tikus muda ke dalam usus tikus tua, ia mula menunjukkan beberapa gejala positif utama. – Getty

LONDON – Sepasukan saintis berjaya menghasilkan kaedah rawatan antipenuaan baharu dengan  menggunakan najis bagi mengembalikan memori dan tubuh badan seperti ketika waktu muda, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kajian yang dilakukan di Kolej Universiti Cork, Ireland itu menggunakan tikus sebagai bahan uji kaji, di mana najis tikus muda dimasukkan ke dalam usus tikus tua menggunakan tiub.

Selepas proses tersebut dilakukan, tikus tua mula menunjukkan beberapa kesan positif termasuk  peningkatan kebolehan untuk belajar, peningkatan daya ingatan dan pengurangan kadar keresahan.

Ketua penulis kajian tersebut, John Cryan berkata, beliau dan pasukannya merancang untuk menggunakan hasil kajian untuk menyiasat hubung kait antara usus dengan otak pada masa akan datang.

Seterusnya, mereka berhasrat untuk melakukan kajian  sama ke atas manusia untuk melihat sama ada ia boleh menjadikan manusia kembali muda.

“Jika manusia boleh mengekalkan fungsi kognitif mereka dalam keadaan baik bagi tempoh lama dan sekiranya mereka kurang sensitif terhadap jangkitan dan kesan-kesan imunisasi, ia akan memberi kesan yang besar kepada kualiti kehidupan harian,” katanya. – Agensi

Saintis kaji terapi najis cegah penuaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penampar pun dijual online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker