Pandelela ‘jawab’ Faizal Azumu
Pandelela ‘jawab’ Faizal Azumu
Saya kongsi pengalaman buruk agar mangsa lain berani bersuara – Pandelela
Atlet terjun negara Pandelela Rinong berkata dia terkongsi pengalamannya mengenai gangguan seksual yang melibatkan bekas jurulatihnya untuk memberi sokongan dan menggalakkan mangsa lain untuk bersuara.
“Saya berkongsi pengalaman buruk itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.
“Paling penting, pemboleh dan penyokong pihak yang membuat gangguan seksual tidak seharuskan disensasikan. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” kata pemenang pingat Olimpik dua kali itu menerusi akaun Twitternya, malam tadi.
Walaupun dia tidak menyatakan secara spesifik, ciapan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu dilaporkan mempersoalkan motif Pandelela mengungkit kisah gangguan seksual oleh bekas jurulatihnya setelah “sekian lama”.
“Saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba, setelah sekian lama, Lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui sosial media beliau,” soalnya lapor portal Free Malaysia Today.
Faizal juga berkata dia bertemu dengan beberapa atlet negara berhubung kenyataan Pandelela itu untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi tersebut.
“Saya dah mula buat panggilan-panggilan secara peribadi sebagai menteri dan saya juga dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang perkara ini jadi tak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini buat masa sekarang,” katanya.
Khamis lalu, Pandelela berkongsi di media sosial bahawa dia pernah mempunyai seorang jurulatih yang suka membuat lawak lucah, tetapi atlet tidak boleh berbuat apa-apa terhadapnya kerana dia mendapat sokongan ketua jurulatih.
“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh (gelak buat-buat) sebab takut dia.
“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik.
“Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol,” katanya di Twitter yang menggunakan tanda pagar #rapejokeisnotfunny, bermaksud lawak rogol tidak lucu.
Kenyatannya itu hadir selepas klip video menampilkan pelakon Fauzi Nawawi menceritakan pengalamannya melakonkan babak rogol dengan pelakon Raja Farah Raja Aziz tular di media sosial.
Fauzi kemudian memohon maaf atas kenyataannya itu.
Pada bulan Mei, perenang Cindy Ong memberitahu Malaysiakini bagaimana dia mengalami gangguan seksual selama bertahun-tahun, termasuk daripada jurulatih kebangsaan ketika dia remaja. Mk
Pandelela ‘jawab’ Faizal Azumu
Baca Artikel Menarik :
- Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?
- 4 Adun melompat kata banyak ‘tawaran’, esok akan buat keputusan
- Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah
- Sajat dakwa Arab Saudi bagi dia buat umrah sebagai wanita
- Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
- Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat
- Ular sawa 50kg sembunyi di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman
- ‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid
- Najib bidas Mahathir fitnah Sultan Johor
- Guan Eng jangan biadap – Shahril
- Joget ‘goyang pargoy’ cemar sambutan Maulidur Rasul [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa
You must be logged in to post a comment.