Hilang Status Kerabat DiRaja, Puteri Mako Akhirnya Kahwini Teman Lelakinya Kei Komuro

Puteri Mako Akhirnya Selamat Kahwini Teman Lelakinya Kei Komuro

TOKYO – Puteri Mako selamat berkahwin dengan teman lelakinya sejak dari zaman kolej lagi, Kei Komuro hari ini, sekaligus hilang statusnya sebagai kerabat diraja Jepun, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Di bawah undang-undang Jepun, kerabat diraja wanita akan kehilangan status mereka apabila berkahwin dengan orang kebanyakan.



Puteri Mako tidak mengadakan  upacara perkahwinan diraja dan menolak pembayaran oleh kerajaan yang ditawarkan kepada kerabat diraja wanita yang akan berpisah dengan  keluarga mereka.

Puteri Mako merupakan anggota  keluarga diraja Jepun yang pertama menolak pembayaran tersebut.

Beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan hari ini memohon maaf bagi semua masalah yang tercetus akibat perkahwinannya.



“Saya memohon maaf atas masalah yang tercetus dan amat berterima kasih kepada mereka yang terus menyokong saya.

Pasangan tersebut dijangka berpindah ke Amerika Syarikat di mana Komuro bertugas sebagai peguam.

Perpindahan itu telah mencetuskan perbandingan antara Puteri Mako dan Komuro dengan pasangan diraja Britain, dengan orang ramai menggelar pasangan pengantin baharu itu sebagai ‘Harry dan Meghan Jepun’. – AGENSI

Puteri Mako Akhirnya Selamat Kahwini Teman Lelakinya Kei Komuro



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Penolakan Terhadap PPBM Keputusan Akar Umbi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker