Bos Samsung didenda salah guna dadah anestetik

Bos Samsung didenda salah guna dadah anestetik

Seoul: Pemimpin de-facto Kumpulan Samsung di Korea Selatan, Lee Jae-yong, disabitkan bersalah di mahkamah, hari ini, atas kesalahan menyalahgunakan dadah anestetik jenis propofol.

Lee yang juga Naib Pengerusi pembuat telefon pintar terbesar dunia Samsung Electronics, selain Forbes menyenaraikan beliau sebagai orang ke-238 terkaya di dunia, didenda 70 juta won (RM248,662.50) oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul, kata seorang jurucakap.

Denda itu hanya sekitar 0.0006 peratus daripada anggaran kekayaan dimiliki Lee, sebanyak $10.2 bilion (RM42.3 bilion).

Lee, 53, didapati bersalah mengulangi pengambilan dadah anestetik itu dari sebuah klinik pembedahan plastik di Seoul, berpuluh-puluh kali sejak beberapa tahun lalu.

Propofol lazimnya digunakan sebagai anestetik perubatan, tetapi kadang kala digunakan secara rekreasi dan dos berlebihan ubat itu didakwa sebagai punca kematian bintang pop Michael Jackson pada 2009.

Penggunaan biasa dadah itu dilihat sebagai kesalahan kecil di Korea Selatan dan pendakwa pada asalnya mencadangkan denda 50 juta won (RM177,632.90) mengikut dakwaan ringkasan kerana kes yang kurang serius dan tidak perlu dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah menolaknya dan mengarahkan supaya Lee dibicarakan.

“Kuantiti yang disuntik adalah sangat tinggi dan sifat jenayah yang dilakukan bukanlah ringan memandangkan tanggungjawab sosial yang ditanggung oleh defendan,” kata Hakim Jang Young-chae menurut agensi berita Yonhap.

“Tetapi dia mengaku menerima suntikan dan tidak pernah disabitkan dengan jenayah ini sebelum ini.”

Jang mendenda Lee dan mengarahkannya kehilangan aset 17 juta won (RM60,421.71) dan meminta tertuduh menerapkan teladan yang tidak memalukan anaknya.

Memakai sut perniagaan gelap dan pelitup muka, Lee tidak menjawab sebarang pertanyaan wartawan ketika sebelum prosiding di mahkamah.

Awal bulan ini, Lee memohon maaf kepada mahkamah kerana menimbulkan masalah dan kebimbangan, tetapi menegaskan suntikan itu untuk tujuan perubatan. HM

Bos Samsung didenda salah guna dadah anestetik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker