Mahathir Tipu Johor Tidak Tuntut Pulau Batu Puteh, Apa Rahsia Mahathir Yang Singapura Pegang?
Oleh Nurul Aisyah
ISU Pulau Batu Puteh semakin panas apabila Mahathir mendakwa kononnya Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh memandangkan perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Sebaliknya, kerajaan Johor melalui surat menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor.”- Mahathir, BH 20 Okt 2021
“Sebaliknya Kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik Kerajaan Johor. Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura. Dan berlakulah kontroversi. – Mahathir , AstroAwani 20 okt 2021
JIKA tidak menipu itu bukan Mahathir namanya. Sebenarnya rakyat sangat maklum bahawa kata-kata yang keluar dari mulut Mahathir boleh dikatakan dusta semata-mata. Beliau akan membuat kenyataan apa sahaja semata-mata untuk melepaskan diri dari jenayah menjual kedaulatan negara.
Adalah tidak benar sama sekali bahawa negeri Johor tidak pernah mengambil berat atau tidak pernah menuntut untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh.
Memetik sumber, pada 19 Jun 2008, Almarhum Sultan Iskandar bertitah semasa merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.
“Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu,”
Pada 30 Mei 2014: Titah Sultan Ibrahim semasa merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor agar sebuah Pasukan Khas ditubuhkan untuk merayu keputusan Pulau Batu Puteh
“Orang luar tidak memahami sejarah Johor dan saya masih ingat lagi Almarhum ayahanda saya pernah memberitahu saya bahawa Pulau Batu Puteh, milik Johor dan mesti dikekalkan sebagai sebahagian daripada negeri ini,”
Persoalan paling penting tidak dijawab oleh Mahathir. Apakah sebab sebenarnya kerajaan Pakatan Harapan(PH) tidak meneruskan semakan terhadap penghakiman Pulau Batu Puteh.
Benar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh dirayu. Tetapi dengan timbulnya bukti terbaru, satu permohonan untuk semakan telah dikemukakan oleh Malaysia pada Februari 2017.
Pada 30 Jun 2017, Malaysia juga mengemukakan permohonan untuk ICJ mentafsirkan penghakimannya pada 2008 tentang Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. ICJ telah bersetuju untuk mendengar penghujahan Malaysia dengan memberikan tarikh untuk pendengaran semakan tersebut.
Adakah Mahathir lupa bahawa dua daripada bukti baru yang ditemui itu adalah dokumen yang hanya boleh diakses setelah tahun 2008. Secara undang-undang, dokumen tersebut hanya boleh diakses setelah tamat tempoh kerahsiaanya.
Dokumen pertama menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura tidak pernah menggangap Pulau Batu Puteh sebahagian dari Singapura.
Dokumen kedua menunjukkan bahawa Tentera Laut British memperakui bahawa perairan di kawasan ketiga-tiga pulau tersebut adalah perairan dan wilayah Johor.
Dan dokumen terakhir menujukkan bahawa peta-peta operasi tentera laut British menunjukkan sempadan wilayah Singapura tidak termasuk Pulau Batu Puteh.
Semua dokumen tersebut, dengan jelas menunjukkan bahawa Pulau Batu Puteh tidak berada dalam wilayah republik itu.
Sudah sewajarnya penemuan bukti material ini memerlukan ICJ memutuskan nilainya terhadap tuntutan Malaysia.
Jadi kenapa di sebalik semua bukti baru ini, kerajaan mahathir memutuskan untuk tidak meneruskan proses semakan tersebut.
Jika Mahathir telah dinasihati oleh sekumpulan pakar undang-undang antarabangsa, siapakah mereka dan apakah nasihat yang mereka kemukakan dalam konteks bukti baru yang ditemui.
Apa yang jelas, kerajaan PH telah cuai dalam tindakanya mempertahankan kedaulatan wilayah Malaysia dan wajar dipertanggungjawabkan ke atas tindakan culas tersebut.
Mahathir dilihat telah menjual kedaulatan negara apabila menarik balik tuntutan Pulau Batu Puteh disaat akhir. Tindakan tersebut seolah-olah tunduk kepada permintaan Singapura. Ramai yang membuat spekulasi bahawa Singapura menyimpan rahsia besar Mahathir sehingga menyebabkan beliau mengikut telunjuk negara tersebut.
You must be logged in to post a comment.