Ketua Penerangan PKR kata larangan kempen PRN Melaka ‘perolok’ demokrasi

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin menyoal prosedur operasi standard (SOP) bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam.

“Pengumuman KJ (Khairy) dilihat ‘memperolok-olokkan’ sistem demokrasi yang dipaksikan dengan pilihan raya yang bebas, adil dan pengundi yang mendapat maklumat secukupnya.

“Apa manfaat pilihan raya negeri diadakan di mana mandat yang akan diberikan adalah untuk lima tahun di dalam keadaan semua parti dihalang untuk berkempen secara biasa yang difahami oleh rakyat di atas nama Covid-19,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Terdahulu, Khairy berkata sebarang kegiatan, perhimpunan atau majlis sosial sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka – termasuk ketika kempen – adalah tidak dibenarkan.



Katanya, ini bertujuan mengelakkan peningkatan kes dan kluster Covid-19 yang berisiko tinggi menular dalam perhimpunan atau majlis sosial yang tidak mematuhi SOP.

 

Khairy berkata larangan itu berkuatkuasa pada 25 Oktober 2021 hingga 27 November 2021.

Sementara itu, Shamsul memberitahu Malaysiakini, PKR akan menggunakan saluran digital dan tradisional untuk berkempen.

“Namun dengan perkembangan terkini, tentunya PKR akan memberikan tumpuan kepada kempen yang bernuansa baru memanfaatkan sepenuhnya platform digital dan strategi kempen cara tradisional seperti selebaran risalah dan kempen bergerak,” kata ahli parlimen Hang Tuah Jaya itu.

Pada kebiasaannya, ceramah-ceramah oleh pemimpin parti politik akan diadakan pada setiap pilihan raya.



PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 18 November.

Ketua Penerangan PKR kata larangan kempen PRN Melaka ‘perolok’ demokrasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Gagal mendapat simpati UMNO di Melaka, Bersatu ugut tarik sokongan di Pusat?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker