PRN Melaka: Ceramah dan perhimpunan politik tidak dibenarkan
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata larangan yang akan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov itu termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya.
“Susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan PRN Melaka pada 20 Nov, KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya yang akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul (mass gathering) dari seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.
Khairy berkata, larangan itu juga selaras peruntukan bawah subperaturan 10(1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, aktiviti perhimpunan adalah tidak dibenarkan.
“Larangan ini juga selari dengan senarai aktiviti tidak dibenarkan dalam Pelan Pemulihan Negara SOP Fasa 4 yang terkini iaitu ‘apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan’.
“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),”katanya,
Katanya, perhimpunan atau majlis sosial tanpa mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal yang sukar diamalkan akan meningkatkan risiko penularan jangkitan Covid-19.
SPR menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.
PRN Melaka, ceramah dan perhimpunan politik tidak dibenarkan
Baca Artikel Menarik :
- Idris Haron tersepit tidak tahu mahu menagih parti mana
- PRN Melaka acuan PRU-15 – Najib
- PRN Melaka: ‘Rakyat Rindu Zaman BN’
- Parti kerajaan akan ‘berperang’
- PRN Melaka: PAS, Bersatu tak setuju dengan tawaran UMNO – Nazri
- Isteri baharu Fizo Omar
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil Kecoh, Idris Harun Muncul Beri Ucapan