Keluarga nafi Mahjabin dipenggal Taliban
Keluarga nafi Mahjabin dipenggal Taliban
KABUL: Keluarga atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanistan, Mahjabin Hakimi menafikan laporan wanita itu dipenggal oleh Taliban.
Terdahulu, jurulatih Mahjabin mendakwa wanita itu dibunuh dan gambarnya disebarkan di media sosial, lapor The Sun.
Dakwaannya itu kemudian dipetik laman web Persian Independent dan kemudian ia disiarkan oleh beberapa media Barat.
Seorang ahli pasukan Mahjabin, yang melarikan diri dari Afghanistan ke United Kingdom, sebelum ini memberitahu BBC, seorang ahli pasukannya dibunuh oleh Taliban.
Bagaimanapun ahli keluarga mangsa menafikan laporan bahawa Mahjabin dibunuh Taliban, namun sebab kematian wanita itu masih belum diketahui.
Seorang ahli keluarga memberitahu laman web, Alt News bahawa mangsa sebenarnya meninggal dunia pada 6 Ogos.
Ahli keluarga juga berkongsi gambar batu nisan pada kubur Mahjabin dengan tarikh kematian pada batu berkenaan.
Abangnya, Skandar Hakimi menukar profil Facebook kepada bulatan gelap pada 7 Ogos.
Rakan Mahjabin juga memuat naik gambar Mahjabin pada 9 Ogos dan merakamkan ucapan takziah atas pemergian mangsa.
Gambar mayat Mahjabin sebelum ini tersiar di media sosial, tetapi ia juga tidak menunjukkan mangsa dipenggal.
Dalam pada itu, wartawan India Deepa K Parent menerusi Twitter berkata, beliau juga sudah bercakap dengan keluarga Mahjabin dan memuat turun dan memadamkan ciapan mengenai kematian mangsa kerana ‘laporan tidak tepat’.
Mahjabin menyertai Kelab Bola Tampar Perbandaran Kabul sebelum Taliban mengambil alih kuasa pada akhir Ogos.
Pada September, pemain pasukan kebangsaan Afghanistan mendakwa mereka menyembunyikan diri daripada pejuang Taliban.
Terdahulu, beberapa media termasuk New York Post melaporkan wanita itu dipenggal oleh Taliban.
Bagaimanapun, sehingga kini, Taliban masih belum memberikan sebarang kenyataan.
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) memberitahu Inside The Games, pihaknya mengambil maklum laporan berkenaan dan sedang mendapatkan pengesahan segera isu terbabit. BH
Keluarga nafi Mahjabin dipenggal Taliban
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.