#KeluargaMalaysia: Perdana Menteri Lancar Yayasan Keluarga Malaysia — MYKMU.NET

#KeluargaMalaysia: Perdana Menteri Lancar Yayasan Keluarga Malaysia

Sebaran :

#KeluargaMalaysia: Perdana Menteri Lancar Yayasan Keluarga Malaysia

Yayasan Keluarga Malaysia yang berpenanan sebagai institusi membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dilancarkan pada hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui yayasan itu, anak-anak Keluarga Malaysia berpeluang memperoleh sokongan terutama dari aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

Yayasan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri adalah manifestasi kasih sayang seluruh anggota masyarakat yang dizahirkan bersama untuk anak-anak yang terkesan akibat pandemik.



“Seterusnya, yayasan ini akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain, yang turut memerlukan sokongan seumpamanya.

“Inilah maksud keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia. Saya menyeru seluruh Keluarga Malaysia, bersama membantu generasi ini.

“Harapan saya, dengan adanya Yayasan Keluarga Malaysia, tidak ada lagi anak Keluarga Malaysia yang terpaksa melalui penderitaan bersendirian,” katanya ketika berucap pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut berkongsi kisah 13 orang anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga yang hilang tempat bergantung dan berpaut kasih yang turut menjadi salah satu pendorong kerajaan menubuhkan Yayasan Keluarga Malaysia.

Katanya, mereka ialah Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang terpaksa menjaga tujuh adiknya manakala Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama empat adiknya termasuk adik bongsu yang baru berusia tiga tahun.



Katanya, anak-anak berkenaan adalah antara 5,173 anak Keluarga Malaysia yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak COVID-19.

“Bayangkan, betapa besarnya tanggungjawab yang digalas mereka. Yang hilang bukan sahaja ibu bapa, bahkan waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.

“Maka, dengan rasa rendah diri saya ingin menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk berkongsi kasih sayang dengan anak-anak ini agar mereka dapat menikmati kehidupan seperti rakan-rakan seusia mereka,” katanya.

#KeluargaMalaysia: Perdana Menteri Lancar Yayasan Keluarga Malaysia



 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: