IR Khairil Nizam tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas

Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengesahkan bahawa Ketuanya, Senator Khairil Nizam Khirudin tidak akan mempertahankan jawatan tersebut untuk sesi 2021 hingga 2023.

Setiausahanya, Mohd Nadzim Ahmad Azmi berkata, keputusan berkenaan telah dimaklumkan oleh Khairil Nizam ketika Mesyuarat Jawatankuasa Harian DPPM yang diadakan pada Khamis lalu.

“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan DPPM kepada Muktamar DPPM yang akan berlangsung akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu turut mengesahkan mengenai keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.



Muktamar Pas yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu pada November ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu bagi penggal 2021 hingga 2023.

IR Khairil Nizam tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Khairil Nizam dicabar Ahmad Fadhli untuk jawatan Ketua Pemuda PAS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker