Tak salah bagi pandangan – Shahidan

Tak salah bagi pandangan – Shahidan

“Ini adalah pandangan, tidak ada salah mengeluarkan pandangan,” demikian kata Ketua Umno bahagian Arau, Shahidan Kassim berhubung pengedaran draf usul bahawa Umno perlu meneruskan kerjasama dengan parti-parti politik bumiputera lain.

“Ini adalah pandangan, tidak ada salah mengeluarkan pandangan. Orang nak keluarkan pandangan, kita hukum mereka. Mesyuarat cawangan pun belum diadakan ini cuma pandangan yang dilemparkan oleh Umno Arau,” katanya ketika sidang media selepas sesi perasmian majlis penyerahan Kunci Residensi Desa Satumas.

Isu itu timbul selepas Pemuda Umno Arau meminta parti mengambil tindakan ke atas Shahidan dengan mendakwa bahawa Menteri Wilayah Persekutuan itu mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti.

Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar, menyampaikan surat aduan kepada Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkenaan pelanggaran disiplin parti ketika majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-cawangan di negeri itu, yang melibatkan Shahidan.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya patuh dengan keputusan yang telah dibuat, sekaligus menafikan dirinya melanggar disiplin parti, malah menyatakan pandangan tersebut adalah daripada cawangan Umno Arau, bukan pandangan peribadinya.

“Kita patuh kepada arahan tapi setakat beri pandangan. Saya beri pandangan dalam mesyuarat dan pandangan itu bukan dari saya tapi cadangan daripada sebuah cawangan Umno Arau yang dibentangkan dan dibuat keputusan.

“Tapi, keputusan itu saya ingat ada MT (Majlis Tertinggi) yang kata keputusan itu telah ‘overrule’ (ditolak). Dengan keputusan itu kita ikut, kita bukan nak berlawan dengan orang,” tambahnya.

Beliau ditemui pemberita ketika merasmikan majlis sesi penyerahan kunci kepada pembeli rumah di Residensi Desa Satumas, Seputeh, Kuala Lumpur, petang tadi.

Dibina oleh Aset Kayamas Sdn Bhd, Residensi Desa Satumas menawarkan tiga blok bangunan berketinggian 43 tingkat yang terdiri daripada 1,346 unit pada harga serendah RM230,000.

Sehingga September 2021 terdapat 62,701 unit rumah mampu milik melibatkan 100 projek yang telah mendapat kelulusan untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan dengan 93 buah projek di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat di Labuan. FMT

Tak salah bagi pandangan – Shahidan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker