RUU MA63 ditangguh tunggu penjelasan Peguam Negara

RUU MA63 ditangguh tunggu penjelasan Peguam Negara

Pembentangan pindaan Rang Undang-undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditangguhkan sehingga Peguam Negara menjelaskan isu tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, semasa perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet terakhir, dua menteri sudah meminta penjelasan lebih lanjut.



Peguam Negara, katanya, akan menghadiri mesyuarat Kabinet seterusnya untuk menjelaskan isu terbabit.

“Ia dijadualkan semula, tetapi setahu saya, ia akan diteruskan. Kabinet sudah bersetuju secara dasarnya untuk hanya menangguhkan (pembentangannya),” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Malaysiakini hari ini melaporkan kerajaan menangguhkan pindaan itu.

Pindaan MA63 itu pada awalnya dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Okt ini.



Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, pindaan Perlembagaan itu penting kerana ia akan “memberi kejelasan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak seperti rakyatnya, khasnya Pribumi Sabah dan Sarawak”.

Pindaan itu bertujuan memperbaiki “hakisan” hak Sabah dan Sarawak yang termaktub di bawah MA63.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata, pindaan Perlembagaan itu penting kerana ia akan “memberi kejelasan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak serta rakyatnya, khasnya Pribumi Sabah dan Sarawak”. FMT

RUU MA63 ditangguh tunggu penjelasan Peguam Negara




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker