CEO kumpulan MAHB letak jawatan

CEO kumpulan MAHB letak jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Mohd Shukrie Mohd Salleh sudah melepaskan jawatan itu.

Pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan berkata, Shukrie meletak jawatan untuk merebut peluang lain. Peletakan jawatannya berkuat kuasa 24 Okt ini.



Ini menyusul laporan FMT yang pemegang taruh utama sudah meminta Shukrie disingkirkan, walaupun lembaga pengarah mengakui prestasinya.

Laporan berhubung kemungkinan penyingkirannya menghidupkan semula kebimbangan pengambilalihan lapangan terbang Subang yang sangat menguntungkan oleh sebuah syarikat swasta.

Peletakan jawatan Shukrie hari ini menyusul pelantikan bekas Pengarah Urusan kumpulan Media Prima, Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu MAHB.

“Lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Shukrie atas perkhidmatannya dan selamat maju jaya kepadanya,” kata MAHB dalam kenyataan.



Shukrie mula menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasinya pada Mei 2019, sebelum dilantik ke jawatan CEO kumpulan tahun lalu. FMT

CEO kumpulan MAHB letak jawatan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker