Punca Mulut Kering Ketika Tidur? Ketahui Cara Mengatasinya

Punca Mulut Kering Ketika Tidur? Ketahui Cara Mengatasinya

MULUT kering adalah keadaan yang biasa berlaku kepada hampir setiap orang.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kekeringan pada mulut antaranya cuaca atau suhu ruang tersebut.

Anda boleh atasi masalah ini daripada terus berlaku dengan mengikuti beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah.

 

1. Minum air secukupnya

Masalah dehidrasi sering dikaitkan dengan masalah mulut yang kering. Jika anda tidak mengambil air yang cukup setiap hari, perkara ini akan mengakibatkan mulut menjadi lebih kering setelah bangun dari tidur.

 

2. Menggunakan air-humidifier atau pelembap udara.

Memasang alat pelembap udara dapat membantu mencegah mulut kering kerana dengan memasang alat ini kelembapan udara adalah lebih baik ketika tidur.

 

3. Elakkan mengambil alkohol dan minuman tinggi kafein.

Kedua-dua minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi yang akan membawa kepada mulut kering.

Jika anda seorang yang coffee-addict, mengurangkan pengambilan air ini adalah salah satu cara mengatasi masalah mulut kering.

 

4. Menjaga kesihatan mulut.

Individu yang mengalamai masalah mulut kering lebih cenderung untuk menghidapi penyakit gigi berlubang dan kerosakan pada gigi.

Oleh itu, rutin menjaga kebersihan mulut adalah penting seperti penggunaan floss, ubat kumur (mengandungi xylitol) yang direka khas untuk individu mulut kering dan elakkan penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol atau peroksida.

Punca Mulut Kering Ketika Tidur? Ketahui Cara Mengatasinya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker