Memang tiada kerjasama dengan Bersatu, bukan lambat buat keputusan
Memang tiada kerjasama dengan Bersatu, bujan lambat buat keputusan
Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak timbul isu kelewatan membuat keputusan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu memandangkan perkara tersebut sudah lama diputuskan sejak Perhimpunan Agung Umno lepas.
“Untuk Bersatu kita telah buat keputusan. Kita tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka…noktah. Tak lambat dah…dulu dah..masa Perhimpunan Agung Umno kita dah buat keputusan kita.
“Itulah keputusan kita dan kita muktamadkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Umno Bahagian Hang Tuah Jaya di Melaka malam tadi.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Ab Rauf Yusoh.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama ‘rakan di sebelah sana’ untuk membuat keputusan sama ada sedia bekerjasama atau tidak, semata-mata bagi mengelak pertembungan pada PRN Melaka.
Sementara itu Ahmad Zahid yakin BN mampu menang pada PRN Melaka berdasarkan ‘permasalahan’ di ‘pihak sebelah sana’ ketika ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov. Mk
Memang tiada kerjasama dengan Bersatu, bujan lambat buat keputusan
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU