Arak Timah : Hadi tegur pihak jaga urusan agama

Arak Timah : Hadi tegur pihak jaga urusan agama

Selepas beberapa kenyataan berbeza dibuat pemimpin PAS terhadap kontroversi arak Timah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegur pihak yang menjaga urusan agama Islam seharusnya tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama yang mengelirukan penganut Islam.

“Walau apa pun alasan yang diberikan untuk jenamanya, penggunaan nama ‘Timah’ dalam bahasa orang Melayu adalah dekat dengan nama Fatimah al-Zahra’ RA, puteri kesayangan Rasulullah SAW.

“….dan secara halus boleh dianggap menyentuh sensitiviti dalam kalangan penganut Islam,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pendirian Hadi dilihat berbeza dengan kenyataan Timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man yang menegaskan nama Timah itu tiada kaitan dengan nama manusia dan bukan nama Islam.

“Soal jenama dan logo yang boleh mengelirukan, PAS konsisten meminta ia disemak kembali.

Nama Timah, bukan nama Islam dan bukan nama manusia. “Ia seumpama nama jenis logam dan lebih jelas pula apabila logo arak itu gambar seorang lelaki. Tiada lelaki nama Timah,” katanya pada 19 Okt.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Nazir Helmi sebelum ini dilaporkan mendesak kerajaan menutup perusahaan arak itu yang katanya “merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara.”

Manakala, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary menegaskan kerajaan tidak ada kena mengena dengan pengeluaran arak jenama Timah sebagaimana tular di laman sosial.

Beliau yang juga pemimpin PAS berkata, tidak wajar mengaitkan isu itu kepada kerajaan.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan supaya label atau nama “Timah” pada botol arak berkenaan ditukar kepada “Kapten Speedy” selepas jenama arak itu tular di media sosial, pendapat itu turut disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Pengkritik mendakwa imej Kapten Speedy pada label arak berkenaan menyerupai lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala, seolah-olah imej seorang lelaki Islam alim yang sedang memakai kopiah.

Arak jenama Timah dihasilkan oleh Winepak Corporation berpangkalan di Puchong, Selangor. FMT

Arak Timah : Hadi tegur pihak jaga urusan agama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker