HSR KL-Johor akan bawa kerugian besar, kata pakar

HSR KL-Johor akan bawa kerugian besar, kata pakar

Seorang pakar pengangkutan menjangkakan kerugian besar dalam jangka panjang jika Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Johor diteruskan.

Mengulas pengumuman kerajaan bahawa kajian mengenai projek itu telah selesai dan akan diserahkan kepada Jemaah Menteri, perunding perancangan pengangkutan Rosli Azad Khan berkata, laluan KL-Johor tidak wajar dibina dari segi ekonomi dan pengecualian Singapura akan menjadikan projek itu tidak mampan.



Laluan berkenaan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Iskandar Puteri di Johor, menggantikan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dirancang sebelum ini.

Kata Rosli, Malaysia perlu mengimport semua bahan bagi projek berkenaan, “daripada landasan kepada sistem isyarat, koc, malah nat dan bol”.

“Semua perbelanjaan modal akan dikeluarkan untuk membayar kosnya,” katanya kepada FMT.

“Justeru, ekonomi negara tidak akan mendapat keuntungan daripada projek seperti itu.”



Awal tahun ini, bekas Perdana Menteri, Najib Razak, memberi amaran kepada kerajaan bahawa pada kemudian hari, mereka harus membayar pampasan kepada pengendali HSR setiap tahun.

Beliau menyebut kos laluan baharu itu dilaporkan antara RM63 bilion dan RM65 bilion, tidak jauh berbeza dengan kos asal RM60 bilion hingga RM68 bilion bagi projek HSR KL-Singapura.

Tanpa Singapura, katanya, jumlah penumpang yang menggunakan laluan itu dijangka menurun daripada 8.4 juta setahun yang diunjurkan kepada hanya 4.2 juta setahun menjelang 2031.

Rosli berkata, laluan KL-Johor akan memansuhkan tujuan projek keretapi lain di Johor, termasuk projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang dijadualkan siap pada Oktober 2022.



“Siapa yang akan untung daripada projek ini dan akan adakah cukup penumpang untuk mengisi kapasiti kedua-dua landasan kereta api itu yang berjalan hampir selari antara satu sama lain?” soalnya. FMT

HSR KL-Johor akan bawa kerugian besar, kata pakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker