Cadang moratorium bersasar peminjam PTPTN terjejas diteruskan

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mencadangkan agar kerajaan membenarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan moratorium bersasar kepada peminjam yang terkesan pandemik Covid-19.

Perkara itu merupakan antara tiga cadangan Wan Saiful dalam sesi dialog ketua penerangan daripada parti-parti dalam kerajaan dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Khamis.

Menurutnya, cadangan agar kerajaan membenarkan meneruskan moratorium itu kerana ramai yang masih menghadapi masalah kewangan dalam keadaan ekonomi yang kini sedang mula pulih.

“Tetapi jika moratorium sukar dilaksanakan, saya nyatakan bahawa kerajaan patut berikan diskaun paling kurang 20 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran penuh,” katanya menerusi tulisan di Facebook beliau pada Jumaat.

Wan Saiful yang juga merupakan Pengerusi PTPTN menambah, beliau turut meminta agar kerajaan memberikan diskaun kepada mereka yang membayar menggunakan potongan ‘direct debit’ bulanan sebagai ganjaran kepada bayaran mengikut jadual.

Beliau berkata, diskaun itu merupakan satu perkara yang popular dan sering disebut dalam sesi libat urus yang dijalankan oleh pihaknya.

“Saya harap kerajaan akan pertimbangkan untuk Bajet 2022.

“Saya juga sampaikan surat rasmi daripada saya selaku Pengerusi PTPTN kepada Menteri Kewangan mengenai perkara ini,” katanya.

Cadang moratorium bersasar peminjam PTPTN terjejas diteruskan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker