Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat
Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat
Pemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Beliau berkata ini kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diwakili oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sememangnya ditubuhkan untuk menjatuh dah mahu menggantikan UMNO sebagai parti terbesar bagi orang Melayu.
“Masa nak tubuh kerajaan, tersilap serahkan jawatan nombor satu negara kepada orang yang hanya ada enam kerusi sahaja.
“Tapi sebab hendak berpakat supaya betul caranya hendak tubuh kerajaan kerana yang penting pada ketika itu adalah hendak lihat Pakatan Harapan (PH) jatuh, lain tidak ada.
“Kita hendak Dap dan PKR jatuh, tapi tersalah pilih orang yang hendak dijadikan Perdana Menteri rupanya orang yang hendak bunuh parti kita, jadi macam mana? Terang-terang PPBM ini ditubuhkan untuk membunuh UMNO itu sahaja tujuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-cawangan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2021. Turut hadir adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamal; Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed dan ketua-ketua UMNO bahagian negeri.
Jelas Ketua UMNO Bahagian Rembau itu lagi, di sebalik itu Muhyiddin yang merupakan Presiden PPBM itu ternyata tidak menggunakan kuasa mentadbir negara sebaiknya sehingga digelar kerajaan gagal.
“Dia tidak menggunakan kuasa dengan baik tetapi niat jahat dia diteruskan untuk membunuh kita. Kita tidak boleh tahan lama dan tidak boleh duduk dalam keadaan begitu tambahan pula ternyata kerajaan yang dipimpin oleh PN gagal mengurus negara.
“Keadaan negara kita bertambah teruk selepas ambik dari PH tidak boleh urus COVID-19 dan ekonomi negara.
“Kita bercakap kadang-kadang dia tidak mahu dengar… saya baik dengan beliau selalu berjumpa dan saya juga mencadangkan bermacam-macam,” ujar beliau.
Jelas Mohamad lagi UMNO sebelum ini berhati-hati dengan PH namun PPBM yang dianggap sebagai rakan bertindak sebaliknya dengan melakukan pelbagai helah bagi melemahkan UMNO.
“Sejak hari pertama PN ditubuhkan saya tidak bersetuju kerana bagi saya yang paling baik pada ketika itu adalah untuk kita mengadakan pilihan raya kerana pada ketika itu orang benci dengan PH dan menyanjung kita.
“Namun bak kata orang tua-tua kita melangkah tidak membaca sehinggakan masuk perangkap orang, keluar mulut singa masuk mulut buaya.
“Keluar dari PH ingat kita lega tetapi akhirnya dia memang hendak makan kita secara bersistematik, UMNO dilemahkan dalam kerajaan PN. Itu sebablah orang tua-tua kata dalam banyak-banyak lawan tidak ada kawan tetapi dalam berkawan ada lawan,” tegas beliau lagi. – UMNO Online
https://youtu.be/PODP7-taK1Y
Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.