DUN Sarawak tidak bubar – Abang Jo

DUN Sarawak tidak bubar – Abang Jo

SIMANGGANG: Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg mengaku beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun katanya ia bukan berkaitan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Sebaliknya, Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau hanya berbincang mengenai proklamasi darurat serta perkembangan terkini COVID-19.

Justeru Abang Johari berkata, beliau turut terkejut apabila spekulasi tersebar sejak semalam mendakwa beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

“Memang saya ada menghadap (Yang di-Pertuan Agong), tetapi untuk bertanya macam mana dengan darurat di Sarawak selain berkenaan COVID-19, itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Sri Aman Development Agency (SADA) di Wisma SADA, di sini, hari ini.

Ketika ditanya lanjut mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan dalam masa terdekat, Abang Johari menafikannya dengan alasan itu bukan kuasanya.

“Nei saya tauk (mana saya tahu), ya (itu) kuasa Agong,” katanya sambil memberitahu beliau tidak boleh mendedahkan secara terperinci perkara yang di luar kuasanya.

Mengenai laporan akhbar tempatan semalam yang menjangkakan DUN Sarawak dibubar hari ini, Abang Johari berkata, beliau terkejut apabila membacanya.

Bagaimanapun katanya, beliau memahami sekarang ramai yang menjangkakan PRN-12 akan diadakan berikutan keadaan COVID-19, semakin baik.

“Saya tahu, orang ramai sudah mula bercakap pasal pilihan raya kerana kes COVID-19 di Sarawak semakin menurun, tetapi kita sama-sama tunggulah,” katanya. BH

DUN Sarawak tidak bubar – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker