Ibu masih ‘menetek’ anak umur lima dan enam tahun

LONDON – Seorang ibu yang masih menyusukan dua anaknya masing-masing berumur   lima dan enam tahun memberitahu bahawa  dia tidak akan berhenti memberikan susu badan sehingga mereka bersedia meninggalkan ‘tabiat’ tersebut, lapor laman berita Mail Online kelmarin.

Sheryl Wynne, 39, berkata,  memberi susu badan kepada dua anaknya yang sudah bersekolah adalah perkara normal dan ia menjadikan hubungan mereka lebih akrab.

Sheryl menyusukan Riley, 6, dan Mylo, 5 sebelum mereka ke sekolah dan pada waktu petang. Malah, dia juga menyusukan anaknya di taman permainan taska.



Tindakannya menyebabkan dia menerima komen negatif daripada orang luar dan  ahli keluarga yang mempersoalkan sekiranya anak-anaknya masih bersifat ‘keanak-anakan’ kerana masih menyusu badan.

Sheryl bagaimanapun membalas bahawa mereka adalah ‘kanak-kanak’.

Biarpun Sheryl pada mulanya merancang untuk berhenti menyusukan dua anak lelakinya itu selepas Riley berusia tiga tahun, Riley bagaimanapun mengatakan bahawa  dia mahu menyusu badan sehingga berusia 10 tahun.

“Saya kerap memikirkan bila saya akan berhenti menyusukan mereka.



“Ia rasa seperti satu kesalahan untuk berhenti melakukannya (menyusu badan). Itu adalah permintaan anak-anak saya dan biarpun ia tidak dianggap normal dalam masyarakat, secara biologinya, tindakan itu adalah normal,” kata wanita itu.

Tambahnya, menyusu badan menjadikan hubungan Sheryl dan anak-anaknya semakin rapat.

Biarpun menerima respons negatif daripada keluarga dan rakan-rakan, Sheryl melihat menyusu badan sebagai cara untuk dia berhubung dengan anaknya selain menjadikan mereka selesa di sekolah.

Dia berharap untuk mengubah beberapa mitos menyusu badan. Bagi Sheryl, keputusan itu adalah sesuatu yang berasa amat semula jadi. – AGENSI



Ibu masih ‘menetek’ anak umur lima dan enam tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri murung terjun Sungai Perak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker