DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
MELAKA: DAP tetap meletakkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu memandangkan kawasan tersebut dimenangi atas tiket parti itu sebelum ini.
Itu penegasan Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa akan menggunakan tiket PKR bagi mempertahankan kerusi disandangnya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, Pakatan Harapan (PH) telah mencapai persefahaman bahawa, mana-mana kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan kekal menjadi milik komponen berkenaan pada PRN Melaka.
Justeru, beliau meminta Norhizam berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, kononnya akan bertanding atas tiket PH sedangkan dirinya bukan lagi sebahagian daripada gabungan berkenaan.
“Pengkalan Batu, DAP akan bertanding. Itu persefahaman antara rakan parti komponen dalam PH. Di mana semua yang menang, akan kembali bertanding di DUN berkenaan. Kita akan tanding semula di kerusi yang kita menang, Pengkalan Batu pasti DAP akan tanding.
“Dia (Norhizam) bukan ahli PH, bukan lagi sebahagian daripada PH. Macam mana dia boleh kata akan bertanding atas tiket PH?,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Norhizam mengakui tidak terkesan dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolaknya sebagai calon parti itu pada PRN Melaka.
Norhizam yang dikenali dengan nama YB (Yang Berhormat) Viral menegaskan, beliau bakal menggunakan kuota milik PKR.
Katanya, meskipun kepemimpinan DAP bersikap dingin, Presiden PKR merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut penyertaan kembalinya dalam gabungan tersebut sebagai ‘wira’. – UTUSAN
DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
PRN Melaka: Umno belum putuskan isu kerjasama dengan parti lain
You must be logged in to post a comment.