UMNO fokus calon boleh menang, diterima dan disukai pengundi

SHAH ALAM – UMNO akan menumpukan kepada pemilihan calon boleh menang, diterima dan disukai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu bagaimanapun masih belum memutuskan untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

“Belum lagi, UMNO masih belum putuskan kerjasama dengan parti mana. Kita ingin tumpu kepada pilihan calon yang boleh menang, diterima dan disukai oleh pengundi.

“Ada sedikit masa lagi untuk dapatkan maklumat dan membuat pilihan. Tentunya kami akan buat yang terbaik,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Politik Baru #KeluargaMalaysia, Apa Pola PRN Melaka?

Pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu masih belum memutuskan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti politik lain dalam menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, keputusan rasmi akan diumumkan apabila mesyuarat biro politik dan juga Majlis Kerja Tertiggi (MKT) UMNO diikuti Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan pada minggu depan ataupun diputuskan sebelum hari penamaan calon.

“Sebelum sebarang keputusan kerjasama dicapai, diharapkan penganalisis politik tidak meramalkan berhubung pendirian UMNO dalam PRN Melaka,” tegasnya.

UMNO fokus calon boleh menang, diterima dan disukai pengundi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PRN Melaka : Hanya DAP Saja Tidak Setuju Terima Pengkhianat PH, Anwar OK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker