PRN Melaka : Hanya DAP Saja Tidak Setuju Terima Pengkhianat PH, Anwar OK

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

DAP sebuah parti yang akan mempertahankan pemimpin mereka walaupun individu tersebut melakukan kesalahan sebesar mana sekali pun. Apabila individu tersebut mengkhianati parti maka mereka tidak akan memaafkan pemimpin tersebut.

Ramai pihak mengaitkan kematian Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang. SK Ewe adalah saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut Lim Guan Eng. Namun dalam perkara ini DAP diam seribu bahasa.

Berlainan pula dengan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP menolak Norhizam sebagai calon PRN Melaka dan akan dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).



DAP sangat berdendam terhadap Norhizam yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka kerana beliau bertindak menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu dan meninggalkan PH selepas mengaku hanya menjadi barua sepanjang bersama parti DAP.

Pendirian Presiden PKR Anwar Ibrahim pula ternyata berbeza daripada DAP. Beliau mempertahankan tindakan Majlis PH yang meraikan empat Adun Melaka yang berpaling tadah dengan alasan mereka mengambil telah mengambil langkah untuk membawa perubahan di negeri itu sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Umno-Bersatu.

Dengan alasan tersebut, keempat-empat mereka diberikan sambuatan ibarat pahlawan yang hangat semasa majlis PH Melaka pada malam Isnin lalu.

Layanan istimewa yang diberikan kepada keempat-empat Adun itu oleh PH Melaka telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pemimpin PH yang lain dengan alasan mereka bertanggungjawab ke atas kejatuhan kerajaan PH di Melaka tahun lalu.



Malah Lim Guan Eng secara terang-terangan berkata bahawa partinya tidak akan menerima jika Norhizam dinamakan semula sebagai calon untuk PH. Anwar jelas tidak setuju dengan kenyataan Guan Eng.

“Yang dibangkitkan oleh DAP tu seorang(Norhizam). Kita akan bincang,” kata Anwar

Mungkin isu Norhizam ini akan menjadi punca perpecahan dalam PH. Sebagaimana yang kita tahu, PH tidak pernah kuat pun namun mereka meraikan perbezaan semata-mata untuk menumbangkan Barisan Nasional.


Sebaran :

Leave a Reply