PH masih buka pintu kepada Norhizam walau ditentang DAP

PH masih buka pintu kepada Norhizam walau ditentang DAP

Pakatan Harapan (PH) Melaka masih “membuka pintu” kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee untuk menyertai parti komponennya walaupun ditentang beberapa pemimpin dalam gabungan pembangkang itu.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, kedudukan Norhizam “boleh dirunding”, walaupun DAP menolak beliau bertanding atas tiket PH pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Perkara ini (penolakan DAP) boleh diselesaikan secara baik. PH tidak mengetepikan pandangan mana-mana pemimpin dalam komponen PH, termasuk kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak penyertaan Norhizam,” katanya dipetik Berita Harian.

Semalam, Lim dilaporkan berkata, DAP akan membantah jika Norhizam yang juga bekas ahlinya bertanding di bawah panji PH pada 20 Nov ini.

Pemuda PKR Kedah pula membantah empat bekas ADUN Melaka terbabit menyertai parti berkenaan.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Norhizam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu atas tiket DAP, tetapi beliau kemudiannya menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong Perikatan Nasional (PN) di Melaka, menyebabkan kerajaan PH tumbang pada Mac 2020.

Pada 4 Okt lalu, DUN Melaka dibubarkan, selepas Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) menarik sokongan kepada kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali.

Adly berkata, PH tetap mengambil kira pandangan semua pihak dalam gabungan itu dan perbincangan boleh diadakan bagi mencapai persetujuan bersama.

“Saya yakin kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mampu diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang akan diadakan secepat mungkin.”

Katanya, pemimpin DAP berhak menyuarakan pandangan mereka berhubung penyertaan Norhizam dalam mana-mana parti komponen PH, tetapi pandangan keseluruhan parti komponen juga harus diambil kira. FMT

PH masih buka pintu kepada Norhizam walau ditentang DAP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker