Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
IPOH: Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menegaskan sudah berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) mengenai hasratnya bertanding di Parlimen Tambun dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Abdul Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata, tidak timbul isu kenyataan secara terbuka beliau mengelirukan pengundi dan penyokong PH seperti didakwa Timbalan Pengerusi PKR Perak, Datuk MA Tinagaran.
Beliau berkata, malah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR sudah mengetahui minatnya untuk bertanding di Parlimen Tambun.
“Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pimpinan tertinggi PH mengenai minat bertanding di Tambun, malah JPRP PKT pun sudah tahu mengenainya.
“Saya mula turun padang (di Tambun) sejak Ogos 2020, iaitu selepas saya dilantik Ketua Pembangkang DUN Perak. Cuma gerak kerja terganggu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) semasa Covid-19.
“Setahu saya kerusi Parlimen diputuskan oleh pimpinan Pusat PKR dan bukan negeri.
“Jadi, elok Tinagaran fokus kepada kerusi negeri supaya PH dapat bentuk kerajaan selepas PRU-15,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Abdul Aziz, beliau sebagai Ketua Pembangkang akan membantu PKR yang kini hanya ada empat kerusi dalam DUN Perak.
Katanya, perkara itu yang sepatutnya menjadi tumpuan Tinagaran.
“PKR perlu bekerja kuat bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP kerana bilangan kerusi yang bertambah dalam senario politik pasca Langkah Sheraton. Jangan buang masa hal-hal yang tidak penting,” katanya.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Aziz mahu bertanding di Parlimen Tambun dalam PRU-15.
Perkara itu mendapat reaksi negatif daripada PKR Perak apabila Tinagaran berkata, rundingan mengenai kerusi PRU-15 dalam komponen PH perlu dibincangkan secara dalaman bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi dan penyokong.
Dalam satu laporan media Tinagaran dipetik sebagai berkata, keputusan untuk meletakkan calon di kerusi tertentu tertakluk kepada pimpinan tertinggi parti.
Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.