Kaki memang kecil, saiz satu – Nuha
Kaki memang kecil, saiz satu – Nuha
“Itu memang kasut saya, bukan kasut pinjam.”
Demikian kata penyanyi Nuha Bahrin apabila kasut tumit tinggi yang dipakai ketika membuat persembahan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW) baru-baru ini menjadi bualan dan tular di TikTok.
Ia ekoran kasut itu kelihatan lebih besar daripada kaki Nuha hingga jelas kelihatan ia longgar dan tidak sesuai.
Nuha, 22, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin berkata, dia memang tidak ada pilihan lain kerana saiz kakinya juga terlalu kecil iaitu saiz satu bagi ukuran UK.
“Kalau tengok kasut tu di kaki saya, nampak kaki saiz budak. Kaki saya memang saiz budak. Kalau pakai kasut tumit tinggi, mana yang macam boleh muat atau hampir-hampir saja memang terpaksa beli. Sebab tak ada masa untuk tempah.
“Orang kata kasut pinjam, tapi sebenarnya tak. Itu kasut saya. Cuma memang tak muat, saya tak ada pilihan. Kaki saya saiz satu (UK). Kalau ada kasut tumit tinggi yang dijual pun paling kecil saiz tiga,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak hanya itu, menerusi persembahan pada acara sama juga turut kelihatan tetamu yang memberikan reaksi buat tidak tahu Nuha dan pasangan duetnya Naufal Azrin ketika menyanyikan lagu Casablanca.
“Bagi saya, itu tak memberikan kesan sangat kepada saya. Sebab alhamdulillah, kami dapat saja sokongan. Tapi, kalau orang buat tak tahu pun, tak ada masalah. Berada di pentas adalah impian saya dan bersyukur. Sebab di situ tempat saya belajar. Saya tak ambil hati. Sebab saya pun baru lagi, jadi mesti ada yang tertanya-tanya, kami siapa.
“Walaupun lagu orang kenal, tapi tak kisah kalau orang tak kenal kami siapa. Saya terima saja situasi sebegini. Sekurang-kurangnya kalau tak kenal saya, tapi kenal lagu. Malah selalu juga kalau jumpa berdepan baru tahu saya penyanyi lagu Casablanca. Tapi okay saja, sebab orang macam mereka pun sokong saya juga. Saya tetap sayangkan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nuha dan Naufal bakal muncul dengan lagu Casablanca versi bahasa Arab yang dipersembahankan secara akustik. HM
Kaki memang kecil, saiz satu – Nuha
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu
Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1