Kilang proses belacan, tauhu dicemari najis tikus
Kilang proses belacan, tauhu dicemari najis tikus
Dua kilang memproses produk belacan tradisional di Sungai Puyu dan tauhu di Kampung Selamat, Tasek Gelugor, dekat sini, diarah tutup selama dua minggu selepas premis terbabit didapati berada dalam keadaan kotor termasuk dicemari najis tikus.
Dalam serbuan dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), bermula kira-kira jam kira-kira jam 10 pagi tadi, najis tikus ditemui dalam stor penyimpanan kedua-dua produk berkenaan.
Malah, hasil pemeriksaan di kilang tauhu itu mendapati produk terbabit diletakkan di tempat tidak sewajarnya, manakala pekerja di premis memproses belacan pula dilihat seakan-akan ‘terpijak’ produk berkenaan yang hanya dijemur di atas lantai.
Pegawai Kesihatan BKKM JKNPP, Mohd Wazir Khalid, berkata pihaknya bersama Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyerbu kedua-dua premis berkenaan selepas membuat risikan sejak kira-kira empat minggu lalu.
Dalam serbuan pertama membabitkan kilang memproses tauhu, beliau berkata, persekitaran premis terbabit didapati kurang memuaskan, termasuk dari segi kebersihan dalam pengendalian makanan yang dikeluarkan, selain ada pekerja dikesan tidak mendapatkan suntikan tifoid.
“Keadaan sama didapati turut berlaku di premis kedua membabitkan kilang memproses belacan dengan persekitaran tidak bersih, peralatan memproses juga kotor, dan pekerja tidak mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang sesuai untuk mengendalikan produk.
“Pelabelan dan penggunaan logo halal pada produk belacan terbabit juga didapati meragukan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Wazir memaklumkan, pihaknya pernah menyerbu kilang tauhu yang sama kira-kira dua bulan lalu melalui operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Kilang terbabit dipercayai beroperasi sejak 10 tahun lalu dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.
“Bagaimanapun, kilang memproses belacan itu disyaki beroperasi tanpa lesen sejak lima tahun lalu dengan berselindung di sebalik sebuah kilang lain yang memproses gaharu,” katanya.
Susulan itu, beliau berkata, pihaknya mengeluarkan tujuh kompaun berjumlah kira-kira RM12,000 atas pelbagai kesalahan.
“Selain itu, kita juga menutup kedua-dua premis terbabit selama dua minggu bermula hari ini, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 untuk kerja pembersihan dilakukan,” katanya. BH
Kilang proses belacan, tauhu dicemari najis tikus
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU
Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang