Hampir 100 Wanita Angkat Sumpah Sebagai Hakim Wanita Pertama Di Mesir — MYKMU.NET

Hampir 100 Wanita Angkat Sumpah Sebagai Hakim Wanita Pertama Di Mesir

Sebaran :

Hampir 100 Wanita Angkat Sumpah Sebagai Hakim Wanita Pertama Di Mesir

KAHERAH: Hampir 100 orang wanita telah mengangkat sumpah perlembagaan pada Selasa dan menjadi kumpulan hakim wanita pertama di State Council Mesir, antara badan kehakiman utama negara itu.

Selaras dengan rancangan negara itu untuk memperkasa wanita di sektor kehakiman, Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Mac mengarahkan pelantikan hakim wanita di State Council dan bahagian Pendakwa Raya Umum, dua badan kehakiman yang sebelumnya eksklusif untuk hakim lelaki.

Kumpulan pertama anggota wanita di dewan itu merangkumi 48 orang hakim sebagai penolong kaunselor dan 50 orang sebagai naib kaunselor.
“Langkah itu adalah hadiah yang sangat bermakna buat wanita di Mesir,” kata Naib Presiden State Council Taha Karsoua.

Menurut Karsoua hakim baharu dilantik akan menjalankan tugas yang sama seperti hakim lelaki dalam mengadili dan menyelesaikan pertikaian di semua mahkamah mereka ditugaskan.



State Council, yang ditubuhkan pada 1946, adalah badan kehakiman bebas yang secara eksklusif mengadili pertikaian pentadbiran, kes dan rayuan disiplin, dan pertikaian yang berkaitan dengan keputusannya.

“Saya sangat bangga dilantik sebagai hakim di State Council. Menjadi sebahagian daripada badan pentadbiran kehakiman adalah suatu penghormatan,” kata Reem Moussa, antara hakim yang baru mengangkat sumpah.

Moussa berkata sebelum ini mustahil bagi seorang wanita dapat menjadi hakim di dewan itu kerana sudah 75 tahun ia dikhususkan untuk hakim lelaki.

“Hari ini adalah kemenangan bagi wanita Mesir, dan pelaksanaan perkara yang menetapkan kesetaraan antara lelaki dan wanita dalam pekerjaan,” katanya kepada Xinhua dan menyebut ia peluang bagi semua wanita untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang pekerjaan.



Majlis Nasional Mesir untuk Wanita (NCW) berbangga dengan pelantikan hakim wanita di State Council dan menganggapnya sebagai langkah yang menunjukkan kemahuan politik kepemimpinan wilayah itu untuk lebih memperkasakan wanita.

“Impian generasi wanita terdahulu akhirnya menjadi kenyataan,” kata ketua NCW Maya Mursi, sambil menambah bahawa beliau gembira dapat menyaksikan detik bersejarah yang mengangkat martabat wanita Mesir.

— BERNAMA

Hampir 100 Wanita Angkat Sumpah Sebagai Hakim Wanita Pertama Di Mesir




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: