Bajet 2022: Sistem internet di sekolah, IPT perlu diberi perhatian

KUALA LUMPUR – Peruntukan mengenai sistem Internet dan peranti digital berikutan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang akan diteruskan sebagai normal baharu dalam sektor pendidikan perlu diberi penekanan pada pembentangan Belanjawan 2022, 29 Oktober ini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, (NUTP) Aminuddin Awang ketika dihubungi berkata, pihaknya berharap kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk menaik taraf sistem internet di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dan pengajaran pada era pasca Covid-19.

Beliau berkata, peruntukan untuk pembelian peranti dan capaian Internet kepada pelajar-pelajar miskin juga perlu diberi perhatian kerana sesi PdPR dilihat akan diteruskan di fasa endemik ini.



“Kita dapat belajar daripada sesi PdPR sebelum ini, bagaimana teknologi dan internet ini sangat penting, walaupun mereka sudah mula pergi ke sekolah, tetapi mungkin selepas ini PdPR akan menjadi sokongan kepada pembelajaran secara bersemuka di sekolah,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Selain itu, Aminuddin turut meminta kerajaan mempertimbang untuk mewujudkan gred baharu buat guru-guru di sekolah iaitu gred DG 56 susulan ramai guru-guru kini berada di gred maksimum iaitu DG 54.

“Kita harapkan gred baharu itu sebab ramai sangat di dalam kalangan guru sekarang sudah berada di tahap DG 54, di gred ini mereka tidak bergerak, jadi kita mengharapkan gred DG 56 itu sebagai satu lapisan baharu untuk guru-guru,” katanya.

Beliau turut mengharapkan supaya kerajaan menyediakan rebat sebanyak RM1,000 kepada guru untuk membeli komputer riba atas urusan kerja kerana kebanyakan daripada mereka terpaksa menggunakan komputer sendiri selain menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk menyelenggara sekolah terutamanya di kawasan pedalaman dan Sabah serta Sarawak.



“Dulu pun sudah ada peruntukan untuk baik pulih sekolah, tapi kita dapati peruntukan untuk 10,200 sekolah di seluruh negara itu tidak mencukupi untuk sekolah yang majoritinya perlu diselenggara,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ibu bapa lega bila sekolah kembali dibuka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker