Bajet 2022 cerminan tekad kerajaan pulihkan ekonomi negara

Bajet 2022 cerminan tekad kerajaan pulihkan ekonomi negara, kata Tengku Zafrul

Strategi pemulihan sektor ekonomi akan direalisasikan menerusi Bajet 2022 yang dirangka berdasarkan senario negara ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, negara ketika ini sedang dalam tempoh pemulihan daripada pandemik Covid-19 yang hampir melumpuhkan keseluruhan ekosistem perniagaan.

“Bajet 2022 menjadi cerminan tekad kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara sekali gus mengembalikan keyakinan pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama,” katanya pada majlis penyerahan surat penerimaan kemudahan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) SME Relief Program (SRP) Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Fasa 2 SME Bank, di sini, hari ini.

Bajet 2022 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober ini.

Tengku Zafrul turut memberi jaminan kerajaan akan meneruskan kesemua pakej bantuan yang telah diumumkan bagi tujuan pemulihan jangka panjang sektor ekonomi negara.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri berkata strategi pemulihan negara yang terkandung dalam Bajet 2022 akan memastikan usahawan PKS sektor pelancongan terus berdaya saing sekali gus meningkatkan sumbangan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Menurutnya, KDNK sektor pelancongan menyumbang 15.9% atau RM240.5 bilion pada 2019 namun merosot kepada 14.1% atau RM199.4 bilion pada 2020 akibat pandemik.

Nancy dalam pada itu berkata sebanyak 337 daripada 688 permohonan untuk pembiayaan sektor pelancongan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah diluluskan sehingga 24 Sept lepas yang melibatkan pembiayaan sebanyak RM66.9 juta.

Beliau berkata kemudahan pembiayaan itu menjadi ‘nilai tambah’ kepada usahawan PKS sektor pelancongan untuk kembali memulakan operasi setelah kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri berkuat kuasa 11 Okt lepas.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju memberi pengecualian cukai pelancongan dan perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), di mana RM2.34 bilion nilai pengecualian cukai tersebut telah dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan. FMT

Bajet 2022 cerminan tekad kerajaan pulihkan ekonomi negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker