Jamal Abdillah timang anak yang keempat

PETALING JAYA: Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah memberitahu dirinya tidak mempunyai masalah untuk berjaga malam kerana hampir enam tahun dia berhadapan situasi tersebut.

Disebabkan sudah terbiasa dan mempunyai pengalaman dengan tiga anak lain, Jamal berkata, dia bersedia menempuh cabaran tersebut walaupun kini sudah berusia 63 tahun.

“Kalau mak dia tidur, saya akan bangun jaga anak. Saya sudah biasa dengan Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, setahun.



“Malam semalam pun dah kena, anak batuk-batuk dan muntah atas tilam, buang air besar, nak susu pada waktu awal pagi. Saya okay sahaja dan tiada masalah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jamal turut memberitahu nama bayi perempuannya terdiri daripada lima suku kata iaitu Rahil Laura Sal Sabila Yamani supaya mudah bagi orang lain menyebut.

Kongsinya, pemilihan nama tersebut sudah dilakukan sejak radio Buletin FM memberi peluang kepada pendengar untuk memberikan nama anak yang bakal dilahirkan itu.

“Tapi masa itu belum ada nama yang saya minat lagi. Kebetulan ada sahabat saya kongsikan beberapa nama dan saya tertarik dengan satu nama. Jadi dua suku kata adalah idea dia, selebihnya daripada saya sendiri,” katanya.



Jamal turut berharap isterinya dapat discaj dari hospital segera dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

“Isteri saya masih di hospital dan kemungkinan esok pagi dapat discaj. Setakat ini, doktor masih memantau keadaannya sebab bersalin secara pembedahan dan ambil masa untuk pulih,” katanya.

Semalam, isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, pada pukul 2 petang.

Anak keempat bersama Zai Izzati itu dilahirkan dengan berat 2.94 kilogram menerusi pembedahan.



Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata lain.

Penyanyi lagu Ghazal Untuk Rabiah itu memiliki dua anak lelaki lain iaitu Osama Yamani, 21 dan Ahmad Zaki Yamani, 17, menerusi perkahwinan terdahulu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker