Anwar, Jangan Ambil Jalan Singkat Atas Nama Strategi– Rafizi Ramli
Anwar, Jangan Ambil Jalan Singkat Atas Nama Strategi– Rafizi Ramli
Rafizi Ramli meminta Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil jalan singkat dengan memilih wakil rakyat yang melompat parti sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ini setelah Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah-olah mengalu-alukan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.
Namun, bagi Rafizi yang merupakan Naib Presiden PKR, beliau menyifatkan PKR yang selama ini menolak wakil rakyat melompat parti, tidak seharusnya menerima golongan itu tanpa memikirkan kesannya.
“Pandangan saya, sebagai pengundi dan orang lama parti, menerima watak-watak yang dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan tidak berprinsip mereka selama ini adalah satu kesilapan yang menghakis keyakinan rakyat,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya.
Pandangan saya, sbg pengundi & orang lama parti, ialah menerima watak2 yg dipandang serong oleh rakyat kerana tindakan tidak berprinsip mereka selama ini adalah satu kesilapan yang menghakis keyakinan rakyat.
Janganlah ambil jalan singkat atas nama strategi.@anwaribrahim
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) October 20, 2021
Justeru, beliau berpendapat, keempat-empat wakil rakyat itu tidak sewajarnya menjadi sebahagian daripada strategi untuk memenangi PRN Melaka.
“Janganlah ambil jalan singkat atas nama strategi,” katanya sambil menujukan perkara itu kepada akaun Twitter milik Anwar.
Anwar, Jangan Ambil Jalan Singkat Atas Nama Strategi– Rafizi Ramli
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Mahfuz, mai sini kejap – Najib
- Johan Qari Antarabangsa 2016 Ustaz Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
- Pedang berusia 900 tahun ditemukan
- Suami Ain Edruce blur, malas layan perangai pelik isteri
- Kami tak mahu 4 ADUN Melaka sertai parti – Pemuda PKR
- Naib Pengerusi DAP Perak Dr. Aziz Bari tidak berganjak bidas PKR Perak
- Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
- Shafee menang rayuan saman fitnah terhadap Majlis Peguam, dua individu lain
- Adegan rogol Raja Farah, Fauzi Nawawi minta maaf
- Tular surat aduan Shahidan langgar disiplin parti
- Pengurus tapak projek didakwa rogol gadis bawah umur
Layari Laman Facebook MYKMU