Wang disorok daripada isteri digigit tikus

Wang disorok daripada isteri digigit tikus

Seorang suami yang menyembunyikan wang berjumlah 45,000 Baht (RM5,617) di dalam keretanya terpaksa berputih mata apabila wang tersebut digigit oleh tikus, lapor laman berita Detik.

Menurut sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pemilik akaun dengan nama @dyfo6zku7dh6, si suami menyembunyikan wang tersebut daripada isterinya dengan meletakkan wang itu di bahagian bonet hadapan kenderaannya yang bersambung dengan bahagian papan pemuka.

Bagaimanapun selepas diperiksa, sebahagian besar wang itu telah digigit tikus.

Lebih malang lagi, tikus-tikus tersebut juga telah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan lelaki itu.

Netizen yang melihat video tersebut bersimpati dengan nasib lelaki tersebut dan ada antara mereka yang mencadangkan supaya lelaki itu menukar wang tersebut di Bank of Thailand. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Wang disorok daripada isteri digigit tikus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy mengaku guna 4 jin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker