PdPR masih diteruskan – KPM
PdPR masih diteruskan – KPM
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih perlu diteruskan walaupun sebahagian besar pelajar sudah mula memasuki sekolah bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata tindakan itu mengambil kira sistem penggiliran pelajar yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Beliau berkata, walaupun PdPR tidak dilakukan setiap hari, namun ia penting untuk memastikan pelajar sentiasa bersama dengan guru masing-masing.
“Bagaimanapun, PdPR ketika ini berbeza sedikit iaitu ia menjurus kepada persediaan bahan yang diperlukan oleh pelajar, terutama perkara yang sukar difahami sebelum mereka memasuki sekolah dan mengikuti sesi PdP secara bersemuka.
“Ini (PdPR) satu pendekatan yang perlu dilakukan supaya pelajar itu dapat berterusan bersama guru bagi mengikuti pembelajaran mereka walaupun bukan setiap hari, namun begitu penting untuk sentiasa ada hubungan dengan guru.
“Apa pun hasrat utama kementerian untuk memastikan pelajar ini kembali ke sekolah,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Zainun sempena pembukaan sekolah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah KPM, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.
Radzi turut melahirkan rasa puas hati terhadap guru yang dapat menerima dengan baik sistem penggiliran yang sedang dilaksanakan.
“Saya harap guru dapat membiasakan diri dengan sistem penggiliran ini, sebelum lebih ramai lagi pelajar kembali ke sekolah,” katanya.
Mengenai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir susulan musim tengkujuh akhir tahun ini dan mengganggu sesi PdP, beliau berkata pihak kementerian akan membuat persiapan sewajarnya berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.
“Kita tidak menafikan kemungkinan akan ada kawasan atau sekolah tertentu yang akan terdedah kepada kejadian banjir.
“Namun, tindakan kita akan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa bagi menghadapi musim tengkujuh supaya sesi persekolahan berjalan dengan baik tanpa gangguan sehingga ke hujung penggal ini,” katanya. BH
PdPR masih diteruskan – KPM
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.