Nak otak cergas dan tidak nyanyuk, ketuk ketampi cepat
Nak otak cergas dan tidak nyanyuk, ketuk ketampi cepat
PADA zaman sekolah dahulu, apa hukuman yang popular pernah anda lalui? Pelajar zaman dahulu mesti ramai yang biasa kena denda ketuk ketampi oleh cikgu kerana tidak mendengar arahan, nakal dan gagal menyiapkan kerja sekolah.
Apabila diimbau semula, pengalaman kena denda di sekolah memang kelakar, namun banyak pengajarannya. Bagaimanapun sejak awal tahun 2000, pelbagai bentuk hukuman disiplin ke atas pelajar termasuk ketuk ketampi telah dilarang sama sekali dilakukan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Siapa yang merupakan generasi lama mungkin beranggapan betapa ruginya bagi generasi baru yang tidak pernah merasai pengalaman indah seperti itu ketika zaman persekolahan. Manakan tidak, denda ‘manja-manja’ ini bukanlah bersifat menghukum semata-mata, tetapi di sebaliknya tersimpan rahsia yang sangat luar biasa.
Kajian daripada beberapa orang ilmuwan mendapati bahawa perbuatan ketuk ketampi terbukti memberi kesan positif kepada pelakunya. Paling mengejutkan, perbuatan itu tidak hanya bersifat pemulihan disiplin, tetapi juga berupaya meningkatkan fungsi otak, memori dan daya tumpuan.
Testimonial yang dilakukan oleh Dr. Eric Robbinson dari Los Angeles ke atas beberapa orang pelajarnya yang kerap melakukan ketuk ketampi menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran.
Pelajar-pelajar terbabit yang mana sebelumnya sering mendapat markah teruk dalam ujian semester telah memperlihatkan peningkatan keputusan daripada markah C kepada A.
Sebelum fakta itu ditemui, manfaat ketuk ketampi sebenarnya telah lama diketahui di India. Difahamkan, golongan pendidik di sana kerap mempraktikkan hukuman sebegitu ke atas pelajar-pelajar yang bermasalah, di mana ia dipanggil sebagai ‘bess uth’. Ada juga menyebutnya dengan nama, ‘Thoppukaranam’ – ‘Thorpi’ bererti dengan tangan dan ‘Karnam’, bermaksud telinga.
Apa yang bagusnya di sana, sehingga kini tiada pula laporan ibu bapa tidak berpuas hati, naik angin atau marah sehingga mahu menyaman cikgu kerana anak mereka didenda ketuk ketampi.
Berkat ibu bapa bersikap terbuka dan berlapang dada dengan hukuman sekecil itu serta tidak menafikan hak guru dalam mendidik, ramai pelajar di sana menunjukkan perubahan positif dalam banyak perkara. Hal ini telah diakui oleh beberapa orang doktor dan ahli sains dunia dalam sebuah penelitian ilmiah, International Journal of Yoga pada bulan April 2014.
Menerusi jurnal itu, ilmuwan mendedahkan bahawa pelajar-pelajar India yang menjalani denda tersebut menunjukkan pelbagai peningkatan terutama dalam kemampuan kognitif seperti cara berfikir, mengingat, tenang dan lebih fokus.
Sejumlah pengkaji turut mendapati bahawa rejimen sederhana itu ternyata bermanfaat kepada anak-anak istimewa yang mengalami Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit Hyperacticity Disorder (ADHD), Sindrom Down dan autisme. Tambah menarik, hukuman tersebut juga terbukti dapat memperbaiki beberapa gangguan termasuk disleksia, alzheimer dan mereka yang susah hendak belajar atau mengingat.
Kajian menunjukkan ramai individu yang berusia akhir 60-an, 70-an dan 80-an mengalami kehilangan memori sekitar 15 peratus hingga 18 peratus. Malah didapati bahawa permasalahan ini mula menyerang seseorang seawal umur 30-an lagi dan bertambah buruk seiring peningkatan usia.
Sebab itu, ahli sains mencadangkan untuk mengembalikan kekuatan memori mereka yang sudah berusia, ketuk ketampi ialah salah satu jalan penyelesaiannya.
Ketuk ketampi atau juga disebut ‘Super Brain Yoga’ merupakan latihan yoga kuno yang mana bertujuan mengaktifkan, memberi tenaga dan memperkuatkan sel-sel otak. Satu teknik yang cukup ringkas, tetapi memiliki kekuatan super sebagai bahan bakar dalam mempertahankan kesihatan otak.
Caranya mudah. Mula-mula, cubit kedua cuping telinga dalam posisi menyilangkan tangan. Kemudian, lakukan ketuk ketampi sebanyak 14 hingga 21 kali, sekali atau dua kali sehari sambil menarik nafas ketika turun dan menghembusnya ketika naik.
Hasil penelitian mendapati rupanya cuping telinga menyimpan tenaga meridian, di mana cuping telinga kanan mengaktifkan otak kiri, manakala cuping telinga kiri mengaktifkan otak kanan. Lebih tepat lagi, telinga memiliki titik-titik akupunktur yang berhubung terus ke otak.
Lalu, apabila kita mencubit cuping telinga sambil naik dan turun secara berulang, tenaga daripada bahagian bawah tubuh akan berpindah ke bahagian otak seterusnya mengaktifkan kelenjar pineal, yang terletak di tengah otak.
Itu sebabnya, mengapa sebaik sahaja melakukan ketuk ketampi, kita akan mula berasa segar, bertenaga dan otak semakin cerdas.
Makanya, mulai hari ini jangan memandang perbuatan itu sekadar berupa denda atau penderaan semata-mata sehingga kita lupa manfaat di sebaliknya.
Nak cergas, kembalikan kekuatan memori, apa lagi… ketuk ketampilah! Utv
Nak otak cergas dan tidak nyanyuk, ketuk ketampi cepat
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.