Piala Thomas: Indonesia singkir Malaysia

Piala Thomas: Indonesia singkir Malaysia

Perjuangan skuad badminton negara dalam kempen Piala Thomas berakhir selepas tewas 0-3 di tangan musuh tradisi, Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark, sebentar tadi.

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal dalam misi mengutip mata pertama selepas tewas kepada Jonathan Christie – lawan yang ditewaskannya ketika suku akhir Piala Sudirman dua minggu lalu – 15-21, 17-21.



Harapan yang diletakkan ke atas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kembali menyamakan kedudukan juga tidak kesampaian apabila mereka tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo 17-21, 21-16, 15-21.

Bintang muda negara, Ng Tze Yong yang menggalas tanggungjawab sebagai perseorangan kedua memberikan petanda positif dalam awal perlawanannya untuk sekurang-kurangnya menghidupkan kembali perjuangan skuad negara tetapi terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set di tangan Jonathan Christie 21-14, 19-21, 16-21.

Keputusan itu menyaksikan skrip sama berulang buat Malaysia apabila turut tewas di tangan Indonesia di peringkat yang sama pada edisi 2018 di Bangkok. BH

Piala Thomas: Indonesia singkir Malaysia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker