Lembah Klang, Melaka masuk Fasa 4 Isnin ini

Lembah Klang, Melaka masuk Fasa 4 Isnin ini

Seluruh Lembah Klang meliputi Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor selain Melaka akhirnya beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa Isnin ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 berdasarkan laporan kes positif Covid-19 harian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan yang mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Katanya, kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan mencatatkan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.

Malah, katanya, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95 peratus manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2 peratus dan dijangka terus meningkat.

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi negeri-negeri berikut berkuat kuasa 18 Oktober 2021 iaitu Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah daripada Fasa 2 kepada Fasa 3.

“Melaka dan Lembah Klang iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor daripada Fasa 3 kepada Fasa 4. Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.

“Dengan peralihan fasa bagi negeri-negeri yang dinyatakan, negara Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 3 dan 4 boleh dilayari di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui pautan www.mkn.gov.my.

Dari segi kelonggaran SOP, Ismail berkata, antara ketetapan lain yang turut diputuskan adalah operasi Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya dalam negara dibenarkan beroperasi penuh 24 jam mulai 16 Oktober 2021.

Katanya, kenderaan e-hailing dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti tempat duduk kenderaan bagi semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 16 Oktober 2021.

Malah, katanya, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara dari luar negara berkuatkuasa pada Isnin, 18 Oktober 2021 dikurangkan iaitu kuarantin tujuh hari di rumah atau stesen kuarantin bagi pengembara dengan vaksinasi lengkap dan kuarantin 10 hari di stesen kuarantin bagi pengembara tiada atau tidak lengkap vaksin.

“Pengurangan tempoh kuarantin bagi kontak rapat juga berkuatkuasa pada Isnin, 18 Oktober 2021 iaitu kuarantin tujuh hari di rumah bagi mereka yang lengkap divaksin dan kuarantin 10 hari di rumah bagi mereka yang tiada atau tidak lengkap divaksin,” katanya.

Selain itu, SOP pelaksanaan pelancongan ke luar negeri bagi tujuan umrah yang telah dibentangkan di Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik bertarikh 27 September 2021 diwartakan selaras dengan pengumuman kebenaran rentas negeri dan negara bermula 11 Oktober 2021.

Sehubungan itu, katanya, jemaah dibenarkan mengerjakan umrah selaras dengan keputusan memansuhkan keperluan MyTravelPass untuk ke luar negara berkuatkuasa 18 Oktober 2021.

Tambahnya, perkhidmatan pusat siber dan kafe siber dibenarkan dengan penyelarasan 80 peratus kapasiti bagi Fasa 3 dan 100 peratus kapasiti bagi Fasa 4 berkuatkuasa 17 Oktober 2021.

Lembah Klang, Melaka masuk Fasa 4 Isnin ini

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker