Melaka River Cruise terima 10,000 pengunjung selepas dibuka semula
MELAKA – Melaka River Cruise (MRC) menerima kira-kira 10,000 pengunjung dalam tempoh 14 hari selepas sektor pelancongan negeri itu dibuka kepada pelancong tempatan susulan peralihan Melaka ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), mulai 1 Oktober lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, pencapaian itu menunjukkan tanda positif bagi mencapai sasaran 200,000 pengunjung sepanjang 2021.
“Pada Khamis (14 Oktober) sahaja sebanyak 1,400 pengunjung direkodkan menaiki MRC dan jumlah itu dijangka meningkat pada hujung minggu lebih-lebih apabila rentas negeri telah dibenarkan.
“Kita tidak menyasarkan jumlah pengunjung yang tinggi pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya kerana masih di peringkat pemulihan dan kita berharap rantaian penularan Covid-19 dapat dikawal agar operasi MRC dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui di MRC di sini pada malam Jumaat.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM, Salman Salim.
Mengulas lanjut, Murad berkata, pelbagai perancangan yang tergendala ekoran perintah kawalan pergerakan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi merancakkan pembangunan MRC dan meningkatkan kunjungan pelancong.
Beliau berkata, antara perancangan berkenaan ialah tawaran pakej pit stop melibatkan 14 jeti di bawah projek Fasa Satu Sungai Melaka melibatkan laluan dari Muara Sungai Melaka ke Taman Rempah di sini yang dijangka dilancarkan pada 23 Oktober depan.
“Menerusi pakej berkenaan, pengunjung boleh menaiki MRC untuk ke destinasi pilihan mereka di 14 stesen terlibat seperti Kampung Morten, The Shore, Kampung Hulu dan Kampung Jawa menggunakan ‘one day access ticket’.
“Secara keseluruhan sebanyak 28 pit stop akan dibina di sepanjang Sungai Melaka melibatkan projek fasa satu dan dua secara berperingkat,” katanya.
Beliau berkata, tiket bagi pakej pit stop untuk pelancong tempatan dijual pada harga RM25 bagi kanak-kanak, dewasa (RM40), warga emas dan pelajar (RM30) manakala tiket bagi pelancong asing dewasa dan kanak-kanak masing-masing berharga RM50 dan RM40.
Katanya, produk baharu MRC yang akan turut diperkenalkan ialah teksi air atau ‘bot loncat-loncat’ dalam usaha menjadikan Sungai Melaka sebagai salah satu medium sistem pengangkutan air sekali gus mengangkat Sungai Melaka sebagai ikon pelancongan negeri dan negara.
Murad berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan pengguna bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi selain mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya pada musim cuti sekolah.
“Bagi produk bot loncat-loncat pula, pengguna perlu membeli kad tambang yang boleh ditambah nilai pada bila-bila masa dan tiket bagi setiap stesen adalah berbeza bergantung pada jarak.
“Kita juga akan perkenalkan pakej bot ‘everlasting love’ untuk pasangan suami isteri yang ingin menikmati keindahan Sungai Melaka dalam suasana romantik,” katanya.
Beliau berkata, banyak penambahbaikan telah dilaksanakan di sepanjang Sungai Melaka antaranya dari aspek pencahayaan selain pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti tempat makan yang lebih selesa serta mesin jualan tiket di stesen dan pit stop terpilih.
Untuk rekod, sebanyak 800,000 pelancong menaiki bot MRC pada 2019 manakala pada 2018, jumlah berkenaan mencecah lebih 1 juta pengunjung. – Bernama
Melaka River Cruise terima 10,000 pengunjung selepas dibuka semula
Baca Artikel Menarik :
- Janji Menteri, DBKL belum sempurna
- Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa
- Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut
- Syafiq lamar Mimi Lana?
- Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video)
- Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan
- Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang
- Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video)
- Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya
- Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu
- Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam
Layari Laman Facebook MYKMU
Video seks muncul ketika peperiksaan maya pelajar tingkatan 2
You must be logged in to post a comment.